Pernah main kad terup? Bukan main judi ye.. main kad terup... zaman zaman tu ada macam-macam jenis game card. Ada yang namanya Donkey, Old Maid, Happy Family dan Snap. Tapi kami budak budak kampung biasa juga main kad terup sebagai permainan. Main colek dan main dengki.
Cara mainnya, sebenarnya Mama Yan dah lupa. Tapi yang paling ingat, sekali main kena ada dalam 4 hingga 6 orang. Lepas tu bahagi bahagikan kad. Orang yang paling awal habis kad, dia dikira pemenang. Siapa yang kad dia sampai sudah tak habis, dia kalah. Kira kad baki dalam tangan dia. Kalau ada 5 kad yang dia tak habis, setiap pemain kena jentik tangan dia 5 kali.
Huh.. sampai merah melecet tangan masing masing kadang tu. Ganas ganas mainan budak kampung dulu dulu.
Lepas tu.. bila dah besar... Lepas dah pandai main game solitaire kat komputer , barulah MY tahu nama nama sebenar daun terup tu.
Daun ni dulu dulu MY panggil "deman" tanpa mengetahui nama asalnya ialah "diamond". Diamond atau permata dalam bahasa Melayunya.
Rupanya, dia ialah 'spade'.
Zaman kecik kecik memang indah. Tak kira apa masalah pun, hidupnya cuma makan, tidur, pergi sekolah, main. Cuti sekolah tengok 'Alam Ria Cuti Sekolah' kat TV3. Lepas tu main dari pagi sampai tengahari. Balik makan nasik. Lepas tu sambung main lagi.
Semua benda boleh jadi permainan. Botol, tin, kad, guli, lastik, kayu, buluh, buah berangan, buah terung pipit, semua boleh. Azan Maghrib kira wisel penamat la untuk sesi permainan hari tu... Sebab kami semua kat taman kat kampung memang takde budaya keluar malam. Berani la keluar malam, free je kena libas. hihihi..
Biasa malam aktiviti anak beranak je... tengok berita... tengok drama..tengok mekar sejambak... baca majalah Gila Gila... buat kerja sekolah... dan lepas tu..tidur. Anak sekarang? Celik mata handphone. Sampai suruh simpan handphone tu, baru la masing masing simpan. Kalau dibiarkan, panggil makan pun tak lapar katanya.
Part kena jentik jari tu wak pun ada pengalaman
ReplyDeleteleka main2 kad ni
ReplyDeletebetul sgt..kita dulu memang tv je la hiburan kita, layan drama bersiri, darama cina kul 6...semua la. main kat luar..teng teng, galah panjang..meriah. budak2 sekarang memang hp jer, line slow pun dah badmood ..kan?
ReplyDeletehahahha main terup ni dulu sapa ada banyak koleksi kira anak org ada-ada hehhehe...
ReplyDeletekalau cuti sekolah, siang nya suka main jual-jual dan masak-masak, masak ubi kayu bakar, keledek bakar... sambil tu sapu lah daun pokok rambutan sambil layan bakar-bakar
Tak pernah main, tapi ada tengok abang-abang sepupu main. Hahahaha. Dia orang tak bagi PC main, dia kata susah main daun terup dengan budak perempuan nanti kalah nangis. Hahahaha. Sekali yang cakap tu yang nangis sebab asyik kalah je. Padam muka ko.
ReplyDeleteHehehehehe.. terkenang semasa kecik2, paling tak suka, kalah, jadi old maid.
ReplyDeleteMenggamit memori game cards tu semua! Saya suka Happy Family sebab main minta2 ahli keluarga kat orang hahaha
ReplyDeletePernah main kot yang happy family. Tak ingat gak camne main dia. Rupa kad pun tak tahu camne. Rasanya kena pilih kad yang sama kot.
ReplyDeletekat rumah aida ada tau card games ni.
ReplyDeleteyg ada skang - uno, happy family dan donkey.
aida jumpa kat family store. beli kan utk anak2.
time camping ari tu, bwk.
berdekah2 diorang main.
Hahaha.. best owh main kad ini..
ReplyDeletesiapa kalah kena denda..