Nasi beriani ayam Restoran Shahab - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, December 18, 2021

Nasi beriani ayam Restoran Shahab

Semalam, MY naik pejabat kejap,
Tapi sebelum sampai,
Isi perut dulu.
Suami tanya nak makan kat mana?
Dan jawapan piawai seorang isteri solehah solehlah sangat ni...
Mana mana pun boleh.. 

Jadi, terus sahaja keretanya mencari petak parking di hadapan Restoran Shahab.
Restoran Shahab ni, 
Terletak bertentangan pintu belakang dengan Al Ikhsan Factory Store Taman Universiti.
Zaman MY kerja kat sana dulu,
Sesekali bila Tuan Haji Ali Hassan, bos besar Al Ikhsan Sports belanja nasi beriani kedai shahab ni,
Ya ampunnn... indahnya dunia.
Sebab masa tu masih struggle membina keluarga,
Nasi beriani sepinggan pun gigil nak bayar.
dapat makan time bos belanja aje

Tak ramai orang semalam...
Tak tahu la sebab kami datang pukul 11.30 pagi, orang lain belum lapar kot. Hahaha

telur pindang
Atas meja dalam restoran Shahab tu,
Ada telur pindang.
MY masa membesar di Pahang dulu,
Tak pernah jumpa dan tak pernah kenal telur pindang ni.

Papadom, acar darat dan kuah dalca.
Tapi kuah dalca kat bawah piring acar tu.
Lupa nak susun elok elok.
Tak senonohnya la ambil gambar


Ni MY punya beriani ayam.
Mana lauk ayam nya?
Ada bawah nasi tu.
Memang cara hidang nasi beriani lauk kena sorok dalam nasi kot.
MY pun tak tahu sangat..
Sebab sebelum kahwin dengan orang Johor,
MY reti makan nasi ayam dan nasi minyak orang kahwin je...
Nasi beriani jarang jarang jumpa...hehehe

Tararaaaa... 
Dah nampak dah ayam dia.
MY pilih ayam beriani..
Dia boleh pilih nak ayam merah atau nak ayam beriani..
Kita cuba la ayam beriani.
Selalu MY makan kambing,
Semalam tukar la makan ayam...
Banyak sangat makan daging merah kebelakangan ni.
Perut dah boncet macam nandung 7 bulan dah ni...hihihu..

Apapun...
Nasi beriani kat Shahab ni memang kena dengan selera MY dan suami la.
Sebab tu suami MY,
Kalau dia tanya nak makan kat mana, tapi MY jawab mana mana pun boleh,
Memang confirmla makan beriani kat Shahab jawabnya.

Yang takde idea nak makan apa kalau sesat kat Skudai,
Boleh datang sini untuk layan beriani okay.

No 56, Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
81300 Skudai, JDT.

7 comments:

  1. sendiri dok taman U pun tak pernah ke mari. 😂😂

    ReplyDelete
  2. Jawapan orang pompuan, biasalah tu. hihi..sedapnya nasi beriani. Nampak telur pindang rindu pulak nak dapat telur pindang kenduri kahwin kat Johor.

    ReplyDelete
  3. jawapn org pompuan mmg standard tapi ramai je bila dh smpi mulala buat perangai semua tak bole la itu xleh ni xleh apa2 pon x bolehh.. hahaha

    ps. nnti wak nk try beriani tmn u ni

    ReplyDelete
  4. Sedap tu nasi beriani, papadom pun ada, ada telur pindang lagi, kalau ke sana boleh la cuba..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad