Pengakap Rambu 2021 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, December 3, 2021

Pengakap Rambu 2021


Alhamdulillah...
Syukur sangat..
Rasanya ini antara pencapaian terbaik Moq di sekolah.
Mama dan ayah dia tak pernah sampai dapat anugerah Rambu Pengakap walaupun pernah jadi pengakap.


Mama dia bangga yang bukan sikit sikit tau..
Bangga sangat sangat.
Bukan mudah nak siapkan buku log pengakap tu dalam masa beberapa bulan sahaja.
Memang pulun habis.
Air mata jangan cerita lah...
Merambu rambu air mata keluar demi seuntai rambu pengakap.
Mama tak kira..
Dia mesti dapatkan juga rambu pengakap tu.

Dari segi akademik,
Moq agak kurang menyerlah.
Jadi, kalau nak sekolah di sekolah depan rumah tu,
Moq perlukan sedikit mata tambahan PAJSK. 
Sekolah depan rumah tu, ada kriteria tertentu untuk masuk berbanding lagi sebuah sekolah menengah di kawasan ni. 

Kalau sekolah jauh, kena berjemput berhantar,
Kalau sekolah yang dekat ni,
Boleh jalan kaki atau berbasikal sahaja macam abangnya.

Kena buat macam macam untuk video dan gambar.
Bukan dia je penat,
Maknya pun penat sama jadi pengarah fotografi merangkap jurugambar sekali gus.
Nasib baiklah mama sekolah dulu dulu aktif dengan unit beruniform.
Setakat basic perbarisan, rawatan kecemasan tu boleh la MY ajarkan. Masa kerja dulu, MY selalu balut luka pada workers.
Kena tukullah, tersepit lah, kena gergaji lah, kena tumbuk lah. 

Letak la gambar kenang kenangan kejayaan Moq kat blog ni.

Belajar memakai kain anduh.


Belajar membuat isyarat sulit pengakap.

Belajar kawad kaki. 

Video pembentangan buku.


4 comments:

  1. Tahniah, Moq.. walaupun merambu2 air mata keluar, berbaloi2 akhirnya.

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah... tahniah buat MOQ dan mama nya juga hehe.. penat lelah tu dan hasilnya berbaloi :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..Tahniah Moq. Segala usaha berjaya.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad