Raub, Bandar Musang King. - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, December 16, 2021

Raub, Bandar Musang King.

Bagitahu awal awal lah..
Tajuk dengan isi tak berapa ngam..
Hehe...
Mama Yan balik ke Raub dari Segamat hari Ahad hari tu. 
Kami bertolak pagi dari Segamat,
Sampai daerah Bera dalam pukul 12 macam tu.
Dah lapar..
Mula mula nak singgah makan kat KFC je,
Tempat yang senang, cepat, bersih..
Tapi KFC kat situ tengah tutup untuk renovation.

Cari la tempat lain untuk isi perut.
Kemudian terjumpa la restoran ni. 
On aje lah..
Dah lapar dah..
Nama restoran ni Restoran Nasi Kukus Ayam Berempah & Patin Tempoyak.

Terletak di  bangunan Umno Cawangan Bera. Tu ada banyak bendera Umno atas papan iklan kedai tu.

Masa kami sampai,
Tak ramai pelanggan pun. 
Ada 2 ke 3 keluarga besar macam kami juga duduk kat meja panjang.
Meja lain kosong.
Restoran ni cuma menyajikan dua jenis menu iaitu, 
Nasi dan patin tempoyak, 
Nasi kukus ayam berempah.
Dua jenis menu tu je...

Oleh kerana kami semua tak makan tempoyak,
Maka kami order 7 pinggan nasi kukus ayam berempah, dan Mizan, order ayam je seketul.
Alhamdulillah.. kedai ni tak kedekut jual ayam dia tanpa nasi.
Selalu je jumpa kedai nasi ayam dan nasi kukus ayam berempah ni taknak jual lauk ayamnya.
Kalau nak kena beli nasi sekali.
Dia kata nanti kuantiti tak ngam,
nasi akan terlebih..
yelah..
diaorang kan orang meniaga..
dah ada kira kira dia..
Tapi kedai Nasi kukus ayam berempah yang kat Bera ni,
Memang terbaik,
Rempah ayam goreng untuk ayam mizan tu,
penuh piring.
Kira mama dia punya la..
Mizan nak ayam je.. taknak rempah.
Nasi kukus ayam berempah dia dia dihidangkan bersama hirisan timun, sambal belacan dan sedikit kuah kari.
Makan tak letak kari,
taruk dia punya rempah rempah ayam tu pun dah sedap sangat sangat dah.

Masa dah nak beredar dari restoran,
Yang si abang sibuk dengan game dan handphone,
eh..geram betul maknya ni.
sorang lagi tak siap siap makan..
Habis semua pinggan dia intai,
ayam siapa tak habis..
dia habiskan.
kalau boleh dengan tulang tulang dia nak mamah..hahaha

kami sampai dalam pukul 3 macam tu.
Kali ni lalu jalan Temerloh - Lancang - Mempaga - Raub,
sebab kat Bentong ada tanah runtuh,
jalan tutup.
Tapi nampak ok ikut jalan ni,
Tak tempuh bandar Bentong yang boleh tahan menyampahkan kesesakannya tu.
Sampai rumah terus sampai penyapu dan mop.
Macam biasalah kan...
membersihkan rumah sebulan sekali pun tidak agaknya..
entah apa je yang bujang sorang tu buat kat rumah.

rasanya takde sedara mara MY baca blog ni,
So tulis je la luahan hati MY kat sini.
memang sakit hati sebenarnya, 
Tapi tak tahu nak cakap apa dan macam mana..

Mama Yan ada adik bongsu yang tiggal bersama mak abah di kampung,
Tapi entahla..
makan tanggung, berak cangkung,
apa kerja pun tak buat.
Rumah bersepah dan berhabuk,
lantai depan rumah tu dah rupa lantai bengkel,
Hitam berdaki.

Suami MY bagi dia motor supaya kalau dia kerja,
Senang nak ulang alik waktu rehat untuk tengok tengok mak,
tapi...
tak kerja pun.
Dah tu, terkejut la kami tengok moto yang kami bagi..
masa bagi dia masih dalam set standard semuanya..
Dapat kat dia,
Dah rupa motor dalam kebun sawit,
dengan brake pun tak pasang.
Cermin pandang belakang tak pasang,
Bakul dan box dah takde,
Sedih la..
Tak jaga barang dengan baik,
Tak hargai pemberian orang,
Umur dah banyak,
tapi pemikiran macam budak budak..
Tak fikir perasaan orang langsung.
 Kalau ikutkan banyak nak tulis,
tapi dah jadi mengumpat pulak,
Cukuplah pendam sorang sorang...
Bukan MY taknak bantu adik beradik,
Tapi lama kelamaan,
Bantuan tu disalahgunakan,
Diambil kesempatan berlebihan,
Rasa kebaikan dan kasih sayang kita tidak dihargai pula.

Tapi lagi sedih bila tengok mak.
Dah la tak boleh dengar, tak boleh berjalan, tak boleh uruskan diri sendiri,
Anak pula dot dot dot...
takpelah..
Lepas raya nanti,
Insyaallah, nak bawa mak duduk rumah MY.
Semoga semuanya dipermudahkan Allah Taala.
 Doa doakanlah ya...

 

5 comments:

  1. Cerita macam ni banyak dikongsi dalam iiumc. Sabar ya MY, semoga Allah swt menggantikan dgn yg lebih baik dan niat nak bawa mak duduk sekali tu, akan dipermudahkan, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Bestnya makan-makan haha makan-makan memang best... Semoga dipermudahkan semua urusan akak..

    ReplyDelete
  3. Ingatkan dalam aplikasi food delivery je tak jual asing. Rupanya ada kedai kena beli set dengan nasi jugak. Lain kedai lain kira kira dia kan. Macam macam ragam anak. Dah besar nanti teringat balik kenangan ni.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad