Resepi Sambal Goreng Kicap - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, December 15, 2021

Resepi Sambal Goreng Kicap


Masa zaman student dulu,
Mama Yan selalu datang rumah kakak kat USJ, Selangor.
Kalau on the way balik Pahang untuk cuti panjang tu,
MY akan singgah rumah kakak kat USJ dulu,
Tidur semalam dua malam,
Main dengan anak anak dia dulu,
Lepas tu baru balik Pahang.
Kadang kadang angkut anak sulung dia balik Pahang seminggu dua.

Tiap kali datang,
Mesti kakak masak asam pedas.
MY ingatkan,
untuk raikan MY datang rumah dia,
Jadi dia masak asam pedas.
Rupa-rupanya..
Hampir setiap hari lauk asam pedas..hahaha...
Suami dia suka lauk asam pedas rupanya...

Lepas tu,
Ingatkan orang Johor semua suka asam pedas.
Lepas kahwin dengan orang Johor,
oo..
komuniti Johor ni,
Ada banyak suku kaum lain di atas nama rumpun Melayu.
Ada Melayu Johor, Ada Melayu Riau, ada Bugis, Ada Jawa, ada Kampar (sebut kampor),
Melayu Arab macam keluarga Betty Banafe tu, Bawean (Sebut Boyan) dan lain lain lagi.
Semestinyalah budaya pemakanan mereka tidak sama..

Dan Mama Yan,
Kahwin dengan orang Jawa Johor.
Keluarga sebelah suami MY tak suka dan tak selalu pun masak asam pedas.
Jarang jarang sekali jumpa asam pedas kat rumah mentua.

Masa kakak ipar MY duduk sekali dengan MY pun ,
Jarang sekali dia masak asam pedas.
Dia kata memang bukan budaya keluarga masak asam pedas.
Asam pedas tu dia jumpa dan tanya resepi kat kawan kawan masa kerja kilang dulu dulu..
ohh.. kisahnya.

Keluarga sebelah mentua MY banyak masak masakan yang berasaskan sambal dan kicap.
Lagi satu selalu masak asam rebus.
Masak lemak dan kari pun jarang jarang sekali.
Gulai tempoyak lagi la tak pernah..hahaha...

Suami MY pula suka makan lauk goreng goreng dan tumis tumis.
Tapi dia tak pernah la komplen bab masakan.
sedap makan banyak,
tak sedap makan sikit..
gitu je lah.

Menu sambal goreng pun MY jumpa lepas kahwin dengan suami.
Sebelum tu tak tahu pun nama dia sambal goreng.
Sambal goreng ni salah satu daripada lauk wajib dalam hidangan nasi ambeng.
Sambal goreng juga salah satu daripada lauk wajib menjelang hari raya.
Kalau resepi aslinya,
Banyak sayur dan bahan bahan yang dicampur dalam sambal goreng ni.
antaranya babat lembu, kobis, kacang tolo, tempe, tahu, kentang, suhun, fucuk, kacang panjang, hirisan lada, bawang...
Tapi masak untuk makan malam dua orang je,
jadi,
tumiskan apa yang ada di rumah sahaja lah.
Tak payah susah payah keluar cari barang makan.
Asalkan beralas perut, sudahlah kann...

Resepi Sambal Goreng Honeymoon


Sebiji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai - cili hijau besar - hiris
12 tangkai cili padi - hiris
sejemput ikan bilis
2 keping tempe
2 biji kentang
2 keping tahu
3 sudu besar kicap 
sedikit garam

Cara memasak :

 Hiris bawang, bawang putih dan cili.
Potong tempe, tahu dan kentang kecil kecil. Sebaiknya dalam bentuk memanjang.
Goreng ikan bilis, tempe, tahu dan kentang sehingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
 Tumis dahulu bawang dan bawang putih sehingga layu
Masukkan lada yang telah dihiris ke dalam tumisan bawang
Seng-sengkan sampai cili naik bau dan garing.
masukkan sedikit garam.
Masukkan kicap dan kacau rata.
Jatuhkan ikan bilis, tempe, tahu dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu tadi.
Sedia untuk dihidangkan.
Simple gila kannn?
Sesuai sangat untuk oarang bujang.
Masak malam ni,
Malas esok boleh makan lagi kalau tak habis,
bubuh je dalam bekas bertutup.
Jangan bar terdedah pulak.


cili
Ambil gambar siap siap sebab takut lupa kuantiti masa nak tulis blog..

Hiris nipis. Sebab Kalau tebal-tebal MY tak makan.

Goreng asing asing. Jangan sekali goreng. Masa menguning tak sama.


Tumis tumis..


Yeay..dah siap. 
Senang dan simple aje kan lauk makan malam MY dan suami.
nasib la dapat bini tak rajin masak...
Tapi ini lah lauk yang suami MY suka.
Sebab tradisi keluarga dia memang makan yang simple, yang bergoreng, yang berkicap, yang pedas.

Cuma bila mentua dah tua ni,
dah kurang makan pedas.
Masa muda dulu,
Suami kata,
stok cili kering aje seplastik besar
Nak nak kalau ujung tahun, musim hujan.
Bekalan makanan time banjir.
Ada bilis, ada cili kering, ada bawang. ada beras,
cukup dah untuk hidup.

Betullah..
resepi dan makanan tercipta dari budaya masyarakat setempat,
budaya pemakanan juga sangat dipengaruhi oleh ekonomi keluarga, cara hidup dan juga geografi tempat tinggal tersebut.
Sebab tu berhati hati memberi komen terhadap makanan.
Bimbang sekaligus mengguris hati orang lain kerana ia  bukan tentang makanan semata-mata, tetapi juga tentang budaya, adat resam, sejarah hidup dan agama serta lain lain lagi.
 




 

5 comments:

  1. Ini lauk ni bahaya ni...bleh menambah nasi ni....

    ReplyDelete
  2. sedap menu ni, apa yang ada tempe, tahu dan kentang memang jadi pilihan...

    Family dana jawa johor, asam pedas, ayam masak kicap, lemak cili api, kari antara menu yang biasa lah. Tapi sejak anak nya dah kawin orang terengganu dana ajar jugak emak masak ikan singgang, gulai kuning ikan aye, gulai ikan cara terengganu...
    Mujurla suami ku tak kisah pun makanan apa, kita masak semua dia makan... cuma dia tak suka organ macam paru, hati, limpa, usus, perut babat tu dia tak makan la

    ReplyDelete
  3. masakan stail camni, mmg confirm bertambah nasi.

    ReplyDelete
  4. yup lain orang lain seleranya... nasib laa sy ni jenis sedap makan banyak.. tal sedap makan sket... :)

    ReplyDelete
  5. Yang penting sedap. Makan dengan nasi putih boleh menambah ni.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad