Simpan untuk masa depan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, December 25, 2021

Simpan untuk masa depan


Banyak tu..tidaklah... tapi adalah juga simpan sana sikit... situ sikit... bukan niat untuk survive jika berlaku perceraian...bukan.... minta dijauhkan.

Menyimpan untuk masa hadapan... apa yang ada di masa hadapan, kita belum tahu apa yang akan terjadi. Belum tahu apa yang akan berlaku. Malahan tiada siapa akan tahu dan dapat jangka apa yang akan berlaku. Jangan fikir kena cerai, kena madu macam tu aje. Sempit sangat pemikiran tu. Kemungkinan yang terjadi masa depan ni terlalu luas. Kemalangan, bencana alam, wabak penyakit, ekonomi meleset, jenayah dan lain lain lagi. 

Sejak dari mula berkahwin, suami tak pernah paksa MY kerja, tapi kalau tak kerja, terhad sangat perbelanjaan. Jangan kata nak bayar PTPTN, bayar api air pun pakai duit syiling. Jadinya MY kerja la. Ada duit lebih sikit, MY simpan. Ada satu ketika, bos suami tak dapat nak bayar gaji. Kerja, tapi gaji tak dibayar. Pergi EPF nak buat pengurangan bayaran ansuran rumah, rupanya, bos dia potong gaji untuk EPF, tapi tak bayar pun. Sedih wei. Jadi, potonglah akaun 2 EPF Mama Yan punya untuk bayar ansuran rumah. Sepanjang suami kerja tak bergaji tu, MY la belanja untuk rumahtangga. 

Tapi suami tak report kat EPF atau Jabatan Tenaga Kerja pun, slow talk bincang dengan bos. Bos dia boleh minta halalkan aje.  Aduhhh... bayar tunggakan gaji sambil membebel bebel.. syarikat dah takde duit. "Gaji u ni I bayar pakai my own pocket money". Itupun belum habis bayar. MY tak masuk campurlah,  biarlah dia selesaikan sendiri. Kalau MY, dah selamat kena report kat JTK, EPF, SOCSO semua. Tapi suami MY ni, orangnya sangat...entahlah. Cuma dia pesan kat bos dia, dah ada duit nanti, bayarlah. 8 tahun berlalu... belum ada duit atau duit dah habis, MY tak tahu. Allah ada, tak tidur dan tak lupa.

Lagi satu, niatkanlah dalam hati bila bekerja, cari duit untuk bayar zakat dan bantu ekonomi orang Islam. InsyaAllah. 

11 comments:

  1. PC awal tak bekerja. Kemudian dapat rezeki bekerja lebih kurang 5 hingga 6 tahun. Sekarang dah tak bekerja semuala. Betul, niat masa tu nak bantu suami dan keluarga kemudian orang lain. Alhamdulillah. Allah beri rasa. Bila jumpa kawan-kawan atau saudara mara yang bekerja mereka cakap kenapa tak bekerja. Kena fikir masa depan kita tak tahu kalau satu masa kena cerai dengan suami. Allahu. Niat kerja kerana Allah nak cari rezeki. Niat kawin ibadah kerana Allah sebolehnya berjodohan sampai mati.

    ReplyDelete
  2. Ada lebih simpan
    Kalau cukup2 tak simpan
    Kalau tak cukup ambik simpanan

    ReplyDelete
  3. Saya memang nak kerja sebab impian dari kecil, dah besar nanti nak kerja..hehe..moga Lillahi taala kerja saya, setiap hari kena perbetul niat

    ReplyDelete
  4. Betul sangat tu MY, kemungkinan yang boleh terjadi di masa hadapan (dan masa sekarang juga) ni terlalu luas. Sekarang ni pun kobid dan banjir tengah melanda lagi dan semestinya memerlukan belanja untuk survive 😷

    ReplyDelete
  5. x terlintas pon dlm fikiran aida pasal cerai berai tu. minta dijauhkan!
    memang keje utk bantu suami. bukan nak kaya, tapi nak semua cukup sempurna dan bahagia.

    ReplyDelete
  6. Semoga apa yang kita buat niatkan kejalan yang betul. InshaAllah..
    duit memang simpan untuk kegunaan masa depan.

    ReplyDelete
  7. ehhhh geram pulak kita dengan bekas majikan suami MY..
    kalau tak bayar jangan dipotong...sekarang ni duit sapa yang ko guna "as out of pocket expenses" ko tu..ishhhh..

    ammi bekerja sbb ammi rasa ammi patut bekerja. arwah parents dah susah payah hantar ammi masuk U...takkan lepas kawin berenti kerja pastu tak dpt nak bantu dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kan, Ammi. belajar & bekerja. utk parents kita juga kan. mujur la asben pun faham. alhamdulillah :)

      Delete
  8. Apapun, niat kita tu yang kena betul. Insya-Allah, akan cantik je susunan Allah untuk kita. Saya setuju dengan Mama Yan. Menyimpan untuk masa depan atau kala kecemasan tu penting.

    ReplyDelete
  9. Sha pun memang dah kerja sebelum kahwin.. Bila kahwin tu emmang niat nak bantu sebab tahu zaman sekarang kalau kerja sorang memang tak cukup.. Banyak perbelanjaan nak diuruskan.. mana yang boleh tu memang niat bantu.. Doanya biarlah jodoh sampai hujung nyawa.. aamiin..

    ReplyDelete
  10. tak pernah fikir tentang perceraian pon. kerja sebab nak bantu ekonomi keluarga. sendiri nak senang. sendiri nak selesa. dgn izin asben ofkos la kan :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad