Anak anak Mama Yan ni kalau makan ada kuah laju sikit la berbanding dengan takde kuah,
Tapi tu la..
Kuah yang digemari semua macam lauk hospital.
Eh.. lauk hospital pun lagi sedap dan meriah dari ni.
Diorang suka makan kuah yang putih dan jernih.
Sayur lemak, bening, sup, singgang dan yang seangkatan dengannya.
Kalau lauk kari tu, si abang je yang suka.
Lauk asam pedas, Ucid je yang suka,
Rendang pula, Aril sorang je yang suka.
Tapi kalau lauk tak pedas macam ni,
Semua layan.
Sebenarnya lauk dalam kuah tu diorang tak makan pun,
Tergolek golek la kepala ikan tu sendirian kesepian kesekoran dalam periuk tu dari tengahari sampai ke malam.
Kiranya kalau kata makan nasi lauk singgang ikan tu,
Sebenarnya makan kuah singgang tu je,
Ikan dalam tu buat bau aje.
Tak makan pun.
Ikannya diorang makan ikan goreng.
ikan yang berenang dalam kuah tak makan,
Haaa...super saiya punya level memilih hokkeyy...
Biasanya,
nanti malam sebelum cuci periuk,
manusia yang bergelar 'mama' ni la tukang kasi clear segala maging dalam periuk supaya tak membazir.
Sekarang dah ada kucing,
jadi berkongsi rezeki dengan kucing.
Kadang kadang malas nak masak yang menumis macam kari, asam pedas, sambal semua tu,
Mama Yan rebus singgang je.
Dah la senang, cepat masaknya, anak pun suka..
Lagi mudah kaaannn...
RESEPI SINGGANG IKAN MALAS MALAS MANJA
Bahan bahan:
Sepotong ikan
Sebiji bawang merah - hiris
Seulas bawang putih - hiris
Setengah inci halia - hiris
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara cara:
Bersihkan ikan.
Masukkan ikan dalam periuk bersama air.
Masukkan bawang, bawang putih dan halia yang telah dihiris ke dalam periuk.
Masukkan juga asam keping dan sedikit garam.
Masak atas dapur sehingga masak.
Rasa kuahnya.
kalau dah okay dengan tekak,
Boleh matikan api.
Kalau belum,
Boleh repair sebelum matikan api.
dah siap dah satu lauk.
Dah boleh makan..
Lauk macam ni pun sesuai untuk orang yang sedang diet.
Diet untuk kesihatan sesuai,
diet poket pun sesuai.
Minyak pun dah naik harga kann...
Rebus rebus je lah..
Jimat sikit penggunaan minyak masak...
Kalau takde anak kecik yang tak makan pedas,
Boleh juga nak picit dua tiga tangkai cili padi dalam singgang ni.
Lagi sedap..
Tapi yang MY masak ni memang untuk bagi anak makan.
So ikut la selera diorang.
Dioarang nak hirup hirup kuahnya...
Taruk cili padi kang,
Kalau tersedak,
Mama Yan jugak yang susah.
Dah la masing masing makan gelojoh.
Ni cara MY masak singgang.
lain tempat,
lain resepi dan cara masaknya..
MY punya resepi dah kacuk dengan Melayu Pahang + Jawa Pahang + Jawa Johor + MALAS... hahaha...
Menu wak semalam pun masak singgang ikan terubuk
ReplyDeletehahahah deme nak kuah tu gamaknya ekkk
ReplyDeleteSinggang ni sama macam pindang ke? Tapi pindang kuning. Kalau makan masak pindang dengan ikan kembung goreng, fuh sedap!
ReplyDeletemudah nak jaga tu MY, ikan singgang tu kan mudah masaknya... kadang hirup kuahnya yang ada rasa masin masam tu buat lagi berselera...
ReplyDeleteAlangkah bestnya kalau anak2 PH pun suka kuah singgang ni.
ReplyDeleteIni tidak, kalau buat masak singgang. sorang-sorang je lah makan :(
Anak4 dan bapanya lagi suka kari, masak lemak...
Okay resepi yang simple.. Lelaki bujang boleh buat haha
ReplyDeletelain macam betul selera dorang. Senang kerja masak kakyan pulak. Ikan sekelar buat penyedap bahan kuah je tu.
ReplyDelete