Minggu lepas, MY dan suami pergi ke majlis Agama Islam Johor,
cawangan Pontian untuk bayar zakat.
cuba settingkan untuk bayar secara online untuk suami,
tapi tak berjaya juga.
Jadi bayar zakat syarikat ajelah.
Dahulu,
Masa MY ambil ringan soal zakat.
MY ingatkan,
bayar zakat fitrah sebelum raya tu dah cukup lengkap dah.
Astaghfirullah Al'Adzim...
Jahilnya zaman dulu.
Sebab tu la agaknya rezeki payah nak masuk.
Dah tak cerdik,
Malas pula nak belajar.
Alhamdulillah sekarang dah sedar.
Zakat tu rukun Islam yang ke 4.
Hafal di mulut,
Tapi selagi tak diamalkan,
takkan sampai di hati.
Selalu bayar online je...
Tapi hari tu ada kesempatan pergi ke kaunter..
Rasa insaf bila tengok ramai yang menunggu giliran untuk bayar zakat.
Yang tua tua pun ramai yang nak bayar zakat dan ramai yang nak bayar fidyah juga.
Kalau kita mampu untuk beli tudung Ariani,
maknanya,
dah jatuh layak sangat bayar zakat tu.
Dapat satu goodies bag berisi brochures maklumat Zakat, Wakaf dan BAITUMAL MAIJ
Dan dapat juga sehelai tuala muka.
Surah Al Baqarah ayat 43:
Ùˆَ اَÙ‚ِÛŒۡÙ…ُوا الصَّÙ„ٰÙˆÛƒَ Ùˆَ اٰتُوا الزَّÚ©ٰÙˆÛƒَ Ùˆَ ارۡÚ©َعُÙˆۡا Ù…َعَ الرّٰÚ©ِعِÛŒۡÙ†َ
Ertinya:
“Dan dirikanlah solat, serta tunaikanlah zakat, dan rukuklah bersama dengan orang-orang yang rukuk”.
Alhamdulillah..semoga kita tak lupa nak membayarnya. Bukan setahun sekali. Rezeki pulak dapat goodies bermacam macam tu.
ReplyDeleteBetul. kadang tahu tapi tak lakukan. PC sendiri pun kena lebih dan banyak belajar lagi.
ReplyDeleteMy interpretter couldnt translate the post but you have a very nice blogsite. Thanks for providing this site. Happy and healthy new year. Greetings.
ReplyDeletetgh kira zakat wang simpanan ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selesai dah satu tanggungjawab ye MY..
ReplyDeleteaida tunaikan tanggungjawab secara online, Yan.
ReplyDeletepernah sekali je ke kaunter. sebab masa tu ada cash di tgn.
bila di kaunter, dpt cenderamata, nice :)
now aida sedang kumpul docs utk declare lhdn plak.
by next month nak settle.