Suami MY, bukanlah jenis lelaki yang suka travel, makan angin dan staycation sana sini ni. Bila cuti je, ajak balik kampung. Memang takde ke mana pun. Kalau balik kampung tu, memang duduk aje la kampung tu. Kalau nak ajak pergi ke mana mana tu, hanyalah rumah adik beradik dan saudara mara je. Singgah makan pun di hentian Rehat & Rawat je.
Bukan kedekut, tapi dulu dulu memang takde duit nak corner corner... Sekarang pun tidaklah banyak duit, tapi boleh la kalau nak bercuti dekat dekat. Cumanya, bila anak ramai kecik kecik, susah sikit nak handle. Lemaslah, terlepas pandang Mijan lah, tersepit pintu lif lah..hahahaha... insyaAllah.. rasanya hujung tahun ni, Mijan dah ok kot. Dah semakin mendengar kata dan mudah diurus. Lagipun memang suami MY tak suka berjalan jalan sangat. Suka pergi kebun, suka bakar daun, suka menyangkul, tanam tanam, dan juga suka tengok movie/ TV
Tapi kebelakangan ni, suami Mama Yan teringin nak ke pulau pulau peranginan sekitar Malaysia ni. Sejak sejak dah ramai kawan, dah berbual bual dengan circle yang lebih besar, baru lah terbuka hati nak berjalan. Tambah pula sekarang dah ada sosial media, bila tengok kawan kawan muatnaik gambar gambar percutian, teringin juga dia agaknya. Tengok kawan kawan snorkeling kat pulau air jernih, teringin benar gayanya dia. Hari tu, suami tunjukkan kat MY gambar Pulau Mabul. Huhhh... dah la Pulau Mabul tu jauh kat Sabah, kena naik flight, tak terbayang macam mana nak kawal askar ramai ramai ni nanti. Ada sekali tu kan viral, Hanis Zalikha dan suaminya bercuti di Maldives. Gambar gambar tu la suami MY tengok, uiii...lawanya pulau ni. Hahaha... takyah Maldives lah, kat Malaysia pun banyak pulau pulau yang cantik. Kita aje yang tak pernah berjalan bang. Hihihi...
Sebenarnya kalau kita cari hotel promo, berlambak tempat percutian yang cantik, menarik, dan berpatutan harganya di seluruh Malaysia. Nak yang atas bukit, atas gunung, tengah pulau, tepi pantai, di tengah kota metropolitan, di pinggir desa, semua tempat ada tawaran penginapan hotel yang menarik. Yang penting kena rajin dan bijak mencari.
Memang nak sangat bercuti cuti dengan anak anak. Mujurlah dah duduk pekan kecik, kalau masih tinggal di taman lama dulu, mesti anak anak dengar je kawan kawan cerita pergi bercuti. Bila lagi nak cipta kenangan dengan anak anak. Eh, bukan anak anak je, suami pun. Suami Mama Yan membesar di kawasan yang agak pedalaman. Ferris wheel kat Fun fair pun beliau tak pernah naik. Cara membesar setiap orang kan tak sama... dia enjoy zaman kanak kanak dia dengan cara dia. Mandi di sungai, basuh kain di sungai, tolong mak abah kopek getah beku, cari sayur hutan, jalan kaki mengaji malam dan panjat pokok dan lain lain aktiviti kampung lagi.
Zaman sekarang, mana lah ada aktiviti panjat pokok, lastik sarang tebuan, mandi sungai semua tu. Kita la kena create aktiviti dan kenangan untuk anak anak.
MY selalu tengok kawan kawan muat naik gambar di Genting, alahaiii...bestnya. Dahla sejuk, nyaman, banyak aktiviti, banyak mainan sama ada indoor ataupun outdoor, ada mainan untuk anak anak dan dewasa juga.
best nya genting... pun sama, x pernah lagi bawak anak2 ke genting...
ReplyDeleteteringin nak pergi ke sana. tapi sampai kesudah tak pergi2.hu2
ReplyDeleteammi pun ada suggest ngan abahnya nak ke GH....dia reject kata "tempat banyak syaitonnnn tu" hahaha.
ReplyDeleteSy suka pulau tapi suami suka makan2. Kat pulau tak ada makan2 katanya, hahaha.
ReplyDeleteBaru semalam borak dengan ofismet cakap teringin nak pegi Genting.
ReplyDeleteTapi kalau weekend, mesti penuh umat manusia...
OK lah kan suami MY dah nak pergi cuti2.. have fun nanti ye
niat saya nak pergi genting bawa family,nampak gaya kena simpan lelama lagi ni, masih fobia nak travel masa ni. btw, selamat plan cuti MY, semoga semua urusan dipermudahkan
ReplyDeletePaling syok naik cable car tu. Tengok permandangan dari atas. Tapi kadang gayat jugak. Lama dah tak ke Genting. Best suasana sejuk tu. Themepark pun menarik.
ReplyDeleteLama tak ke genting.. crowded sgt baha tp best
ReplyDeleteLepas raya nak plan cuti-cuti ke Genting la...
ReplyDelete