kadang kadang,
bila teringin,
memang tak boleh tahan tahan.
Memang dah lama sangat teringinnya,
tapi takde keyakinan nak buat sebab buat apa pun asyik tak jadi je...
Kali ni cuba la buat untuk kali pertama.
Kuih bakar pandan.
Selalu tu,
Siap beli daun pandannya,
lepas tu,
sampai sudah tak buat kuihnya,
Maka kering layulah daun pandan tu dalam peti ais.
Okaylahhh.. Kira buat pewangi jela dalam peti ais tu...
tapi kadang kadang yang malas tentang nak buat kuih muih ni,
Nak beli bahan bahan,
bukannya boleh mintak iku kuantiti yang kita nak pakai tu,
Contoh la,
Kuih bakar ni kan...
Nak pakai bijan dalam 2 ke 3 sudu aje,
tapi kena juga beli sekampit.
Dah pakai sikit tu, masuk bekas, masuk dalam peti ais.
Dan entah bila zaman la pulak nak berusik semula bijan dalam peti ais tu.
Tapi nasib baiklah bijan ni takla mahal pun,
cuma bila selalu ada makanan terbuang,
Rasa macam tak best pula.
Oleh kerana ni kali pertama nak buat kuih bakar pandan ni,
merata rata blog MY jelajah cari resepi, hahaha..
Tapi tu la..
ada yang panggil kuih bakar,
ada yang panggil kuih bingka,
ada juga yang panggil kuih bengkang,
Suami Mama Yan lak,
dia tak caya kuih bakar sama dengan kuih bingka,
kalau bingka kena ada ubi kayu ke, keledek ke, jagung ke, labu ke...gitu pulakk..
Okay.. ni resepi yang Mama Yan gunakan
Bahan bahan untuk membuat kuih bakar pandan:
4 helai daun pandan
1 cawan air
1 cawan gula pasir
1 biji kelapa parut
2 cawan air untuk perah santan kelapa
2 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
3 biji telur
1 penutup pewarna hijau epal
1 camca kecil garam
sedikit bijan
Cara cara membuatnya:
Ambil 4 helai daun pandan di halaman.
Basuh bersih bersih daun pandan dan potong potongkan.
Masukkan ke dalam blender bersama 1 cawan air.
Kemudian, kisar sampai halus, tuangkan ke dalam kelapa parut.
Perah santan bersama sama dengan daun pandan kisar.
Habiskan perah santan dari kelapa dengan menggunakan 2 cawan air lagi.
Panaskan oven siap siap.
Kemudian,
masukkan gula, santan, telur, marjerin, pewarna hijau, garam dan tepung gandum.
tepung tu atas sekali ye, biar cecair di bawah.
Kisar sekejap.
Agak agak dah rata sebati,
masukkan dalam loyang.
Kemudian, taburkan bijan atas adunan.
Masakkan sehingga masak dengan kepanasan sekitar 170 darjah celcius selama 1 jam.
Kalau nak garing sikit lagi boleh tambah masa lagi.
Gigih kemain Mama Yan keluarkan mangkuk kecik portmeirion yang beli masa nak raya tahun lepas.
Daripada simpan aje,
Meh la kita keluarkan untuk photoshoot gambar masakan.
Padahal kat rumah pakai pinggan campur campur je..
Mama Yan banyak kali ambil gambar makanan dalam bekas plastik tupperware dan ikea,
lepas tu letak kat FB,
lepas tu kena komen bab pinggan.
Tak selamat lah, bukan food safe la, ada chemical lah, karsinogen lah dan macam macam lagilah..
Padahal,
kita sekolah dulu dah makan perabis dah makanan kat kantin tu guna piring plastik warna oren, warna biru tu...
Lepas dari tu,
tak update dah makanan dalam bekas plastik..
Hahaha..
MY ni hati lembut bak biskut tiger tau,
Nampak je logo rimau cam gagah.
kena komen yang gitu gitu aje pun,
Hati cair macam biskut tiger terlebih celup dalam air teh o.
Masa dalam oven..
wow..naik gebu gebas..
Suami dah tergelak gelak..
"Biasa dah sejuk dia kempis tu..."
hahaha..
Memamg la.. ni kan kuih bakar.
Kalau kek kempis, sedih la juga.
Kuih bakar memang la kempis.
ah tak kisahlah ..
gebu ke kempis ke..
Yang penting... tekak yang teringin nak makan kuih bakar ni perlu dilayan.
Lepas masak...
Belum pun sejuk betul,
Mama Yan dah potong.
melekat melekit lagi..
Masa panas panas ni,
Rupa dia memang out..
Tapi rasa dia...
Bukan nak nak puji diri sendirilah,
Tapi puji orang yang buat kuih ni..
Pandai betul dia buat walaupun kali pertama... huiii... sedap weh demehhh...
Alhamdulillah... sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah Taala.
Wak suka kuih bingka labu
ReplyDeleteSemoga berlipat ganda pahala orang yg berkongsi resepi ni, sebab resepi dia betul2, tak tipu. Sebab tu pertama kali buat terus cun. Air tangan jugak sebenarnya kan.
ReplyDeleteKuih bakar ni fave sangat.
ReplyDeletesalam singgah. kuih bingka / bakar la paling mudah rasanya nk buat. bahan pun tak banyak sangat. resepi fusion or yg ubah2 tu la kdg jumpa tepung jagung.. kadang jumpa tepung ubi. ada yg buh air kapur. kami paling suka bingka labu. sebab ade serat2 lagu masa buat tu. so far penah buat tu bingka labu, bingka jagung, kuih bakar ni.
ReplyDeletekuih bakar ni memang masa tengah bakar tu dia naik macam belon tapi bila dah sejuk elok je dia... Lepas ni boleh MY cuba buat bingka lain dengan bijan tu, boleh juga masukkan dalam bancuhan buat tepung untuk goreng pisang bijan tu, buat kuih bom bijan jugak tu bijannya MY
ReplyDeleteKuih kegemaran akak ni.
ReplyDeleteTahniah Yan berjaya buat sendiri 👏🏽
Akak belum pernah buat sendiri 🤭
suka juga..lama tk mkn
ReplyDeleteHebat kakyan, buat buat terus jadi. Selagi tak dapat, tak senang duduk dibuatnya. Suka makan kerak kerak rangup atas dia.
ReplyDelete