Alhamdulillah...
Berjaya menghabiskan 4 hari pertama tadika...
Walaupun di hari pertama tumpas, jam 10.30 pagi cikgu dah telefon MY minta jemput Mijan.
Dari pukul 8 sampai 10.30 menangis tak berhenti henti.
Lagipun... masa hari pertama tu, dia tidur lewat.
Atoknya datang rumah sebab nak pergi cucuk booster,
Sekali sekali datang rumah,
Nak la cucu tidur dengan dia..
Cucu ambik kesempatan la..
Main handphone atok.
Main sampai dekat pukul 1 pagi katanya...
Esoknya kena bangun pagi pergi sekolah,
Dah la hari pertama sekolah,
Tak cukup tidur pula.
Memang mengaruk aje la.
MY memang tak bagi anak anak main handphone sebelum tidur,
Bimbang leka dan terlajak.
Jadi, waktu tidur,
Terus aje tidur.
Jangan pegang telefon lagi.
Kalau berani langgar undang undang,
Memang bye bye la telefon.
Tapi yang kecik ni,
Dengan atok dan makciknya mana nak makan saman,
Tu yang tidur lewat malam tu.
Hari kedua ke sekolah, pakai baju sukan.
Ajak ambil gambar pun tak mahu.
Monyok aje sebelum pergi sekolah.
Belum biasa..
Ada separation anxiety la sikit sebab tak pernah pergi sekolah dan taska.
24 jam bawak ketiak makciknya.
Hari ni hari ke 4,
Ok banyak.
Turun dari kereta pimpin tangan cikgu terus ke pintu sekolah.
Kereta MY gerak je...
Baru dia menjerit menangis...
Tapi masa ambil balik siang tadi,
Cikgu kata dia nangis kejap je pagi.
Lepas tu ada sesi main tanah liat.
Terus tak nangis dah lepas tu.
Alhamdulillah...
Harap harap lepas ni dah boleh bawa diri dah..
Bukan lama pun.
8.20 pagi hingga 11.40 pagi aje.
Tak sampai 4 jam pun..
Puting taknak buka...
boleh bayang la macam mana orangnya
Bestnya pegi sekolah masih muting
ReplyDeleteselamat bersekolah mijan. hehe anak saya yg dh thn 5 tu pun msih munting. hehe
ReplyDeleteGambar pakai baju sekolah dengan puting ni mahal betul. Besar sok boleh tunjuk.
ReplyDeleteSeperation anxiety ni memang susah kan. Naniey nak tinggal Naura pergi klinik pun susah kat rumah neneknya. Dia cerdik dan tahu nak kena tinggal. Mula la duk pegang tangan je. Next week ni tak tahu la taktik macam mana pula nak tinggalkan Naura..
hahaha ok part puting tu comel tp isskk malu ngan kengkawan ni...
ReplyDeleteanak saya pun haru menangis MY.. hari ni ok sikit. Dia tak dapat uniform lagi
ReplyDeleteSelamat bersekolah mijan 😁💕
ReplyDeleteBelajar rajin2 tau
Ada drama jugak ye Mijan. Takpelah awal awal je ni. Nanti dah biasa tak nangis dah. Alahaiii puting tak tinggal ye Mijan :p
ReplyDelete