sebenarnya, ni gambar gambar hari Khamis minggu lepas.
Entah macam mana,
set kunci yang diserahkan pada sekolah tak cukup.
Cikgu cikgu dah mula nak pindah masuk sekolah agama baru,
Kunci grill tangga pula tak ada dalam kotak kunci yang diserahkan.
Ah kacauuu..
Terpaksalah kami pergi hantarkan kuncinya ke Muar sana,
Staf lain semua dah ada tugasan masing masing.
Sebab suami MY nak pergi sorang sorang,
terus la MY kata nak ikut.
Bawa la anak nombor 3, 4, 5 dan 6.
Nombor 1 dan 2 dah bujang...
tak suka dah ikut ayah pergi kerja.
Tapi takde kerja apa sangat pun.
Cuma hantar kunci aje.
Lepas hantar kunci, ingatkan boleh terus tinggalkan,
Rupanya,
Anak kunci dengan locksetnya ada yang tak sama.
Kena test pula satu persatu..
hahaha..
Adehhh..
Bila buat kerja tak teliti,
Inilah kesan dia,
Buang minyak je ke sana ke mari,
Tapi tak suka nak bising bising.
Kalau ada penyerahan kunci nanti,
Kena ingatkan supaya lebih berhati hati dan teliti.
Lepas dah selesai urusan kunci,
borak borak la kejap dengan guru besar sekolah tu,
Dia kata ''takkan nak terus balik Johor, jalan jalan pergi tanjung'',
Tanjung apa?
Tanjung Emas... ada taman tepi laut...
Ok..terus Google jalan..hahaha..
Nampak sangat tak pernah jalan jalan sepanjang buat kerja kat Muar ni.
Panasnya bukan main lagi.
Sampai tak boleh nak celik mata.
banyak betul lambang lambang diraja di Muar ni.
bandar maharani la katakan..
tak tahu pun kat sini ada taman dengan pemandangan air laut yang cantik.
Bergambar ajela...
tapi gambar ayahnya takde la ye..
dia tukang ambil gambar.
kembar yang lelaki ni,
sangat sangat penggayat.
nak naik dan turun keretapi secoet ni pun tergigil gigil.
kena ayah yang angkat.
Kalau mamanya tak kuasa..
Pandai awaklah..hahaha
Belikan mainan pop-it satu sorang,
Dah lama benar teringinnya.
Mama kata..
alah..bubble wrapper barang beli online mama banyak dalam setor tu., picit ajeah selagi terdaya.
akhirnya..
tak sampai sehari..
dah lompong lompong pop it nya..
hahaha... ganeh belaka
Alhamdulillah...
Cantik dan bersih betul kawasan ni.
Kalau tepi laut Pontian...
Penuh gila sampah...
Nak ambil gambar tepi laut pun takde mood
Sambil hantar kunci boleh jenjalan sekali. He3
ReplyDeleteNanti nak jenjalan Johor pulak lah kalau ada kelapangan😁💕
huhuu rindu nak balik kampung
ReplyDeleteMY tak bawa budak2 naik cruise ke? Kita pun kalau ke sana, tak pernah lagi naik cruise, hihi. Kalau ke Tanjung Emas tu, singgah makan rojak jer.
ReplyDeletecantik nya gambar tepi laut tu MY, warna nya pun jernih aje
ReplyDeleteLama tak ke sini..bila balik kampung asyik gagal je perancangan.. belum diizin.
ReplyDeleteEh, camne boleh berlubang Pop-It tu MY haha...
ReplyDeletePH dah sampai sini, memang cantik tempatnya...
Nx time MY naik River Cruise pulak, seronok juga.
Ada hikmahnya juga mengikut walaupun ada masalah muncul. Dapat jejak tempat menarik ni. Saya pun baru tahu jugak ni kakyan share. Kalau ke Muar bolehlah singgah sini.
ReplyDeleteAda hikmahnya juga mengikut walaupun ada masalah muncul. Dapat jejak tempat menarik ni. Saya pun baru tahu jugak ni kakyan share. Kalau ke Muar bolehlah singgah sini.
ReplyDeleteKalau malam cantik ada lampu. Pop it tu kalau beli kt kedai mmg 1hari je da berlubang. Tp ena beli kt shopee elok je tebal tahan plak tu. Xde rosak. lg murah.
ReplyDelete