Tonton Secret Love, Ji sung - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, January 21, 2022

Tonton Secret Love, Ji sung


Tajuk : Secret Love


Genre : Melodrama


Arahan : 

Lee Eung-bok, 

Yoo Bo-ra


Pelakon : 

Ji sung, 

Hwang Jung-eum, 

Bae Soo-bin, 

Lee Da-hee


Jumlah Episod : 16


Tarikh siaran asal : 25 September - 14 November 2013


Cerita ni ada versi Melayu, Patahnya Sebelah Sayap tajuknya lakonan Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera. Tapi drama Melayu lebih simple dan tak complicated sangatlah. Kita kan orang Malaysia, banyaklah yang kita perlu ubah untuk sesuaikan dengan adat dan tuntutan agama kita.

Mengisahkan Jo Min-Hyuk (Ji-sung), anak orang kaya dan merupakan pewaris syarikat gergasi ayahnya. Wajah kacak, kaya raya, bijak, berpengaruh tapi zalim gila. Kekasih Min-hyuk telah mati dalam satu kejadian kemalangan langgar lari.

Kang Yoo-Jung ( Hwang Jung-eum) telah dipenjarakan kerana dituduh melakukan langgar lari tersebut. Pada malam kejadian langgar lari tersebut, Yoo Jung telah dilamar oleh tunangnya, An Do-hoon seorang pendakwaraya. Sebenarnya, tunang dia yang langgar, tetapi Yoo-Jung rela menjadi ganti demi memastikan karier Do-hoon sebagai pendakwaraya tidak terhenti.

Selepas keluar penjara, Min Hyuk selalu membuli dan mengenakan Yoo-jung kerana ingin membalas dendam atas kematian kekasihnya. Tapi, lama-lama, Min-hyuk jatuh cinta pada Yoo-jung walaupun sebenarnya Min-hyuk dah ada tunang dan akan berkahwin atas desakan keluarga.

An Do-hoon dan Kang Yoo-jung sebenarnya ada anak bersama. Anak tu telah dilahirkan ketika Yoo-jung dalam penjara. Tapi, An Do-hoon ni jahat, dia berpakat dengan cellmate Yoo-Jung untuk buat tuduhan penderaan bayi pada Yoo-jung untuk elak Yoo-jung dapat parol. Kemudian anak Yoo-jung diberikan kepada orang lain oleh mak Do-hoon. Tapi, diorang kata kat Yoo-jung anak dia dah mati.

Sedih pulak tengok part anak anak ni. Bila tahu anak dia hidup lagi, dia nak ambil semula. Tapi tak sampai hati bila tengok keluarga angkat anak dia bagi penuh kasih sayang kat anak dia. Jahat dan bodoh pakwe lama dia ni tau. Dah la masa dia susah, Yoo-jung yang banyak tolong dia.

Bertambah tambah konflik dalam ni bila tunang Min Hyuk sanggup buat apa je untuk dapatkan Min-hyuk. 

Bersungguh sungguh MY tengok drama ni...lama gila kot nak habis.. berhari hari sebab tengok time ada masa je. Siap download app Viu kat handphone nak tengok drama ni punya pasal. Tapi sebab download free je, selang 5 minit iklan. adehh..stress tengok. hahaha... tapi takde la MY nak habiskan duit nak off iklan tu. hadap aje la.. sebab nak tengok drama ni aje. 

Kang Yoo-jung ni baik sangat. Baik sangat sampai jadi bodoh. Tapi okaylah.. Happy ending.


Yang penting, Ji-sung dalam ni hensem gila...hahaha




8 comments:

  1. wah..ji sung. suka lakonan dia..best!

    ReplyDelete
  2. amboi MY suka ya drama gini, dana kalu drama yang buat sakit ati gini jarang nk layan... sebab nnti sakit ati je tengok eheheheh

    ReplyDelete
  3. wahh Yan kaki K drama gak rupanya yer.. hehe :)

    ReplyDelete
  4. Tunggu kita nak tengok juga. Layan k drama ni best jugak. Nak nak time sorg.

    ReplyDelete
  5. tak tengok pun drama ni yg versi melayu pun tak sempat tengok, nampak menarik juga jalan cerita dia :)

    ReplyDelete
  6. Dua dua versi tak pernah tengok. Tapi baru lepas layan film 'Confession' Ji sung berlakon :) Sedih pulak ceritanya. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Tak tgk pun drama tu. Xsilap ummi pun tak kawen lg. Rupanya dr drama korea

    ReplyDelete
  8. ji sung tak pernah lah tak handsome. yang drama melayu tak tengok la pulak hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad