Nama RichWorks memang sudah tidak asing lagi dikalangan para usahawan dalam Malaysia mahupun diseluruh Asia. Peneraju RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri merupakan salah seorang pembimbing usahawan yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.
Kejayaan RichWorks satu demi satu terbongkar selepas mereka giat mengadakan program keusahawanan dari masa ke semasa. Tidak hanya bertumpu pada program bimbingan berbayar, RichWorks turut menyediakan pelbagai program percuma untuk diikuti.
Salah seorang daripada pelajar RichWorks yang fokus mengikuti bimbingan dan tunjuk ajar untuk berniaga daripada Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah Asyraf Khalid, anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Asyraf merupakan anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hasil dari perkahwinan yang lalu.
Usia Muda Bukan Penentu Akan Terus Gagal
Asyraf dan isterinya Tya boleh dianggap masih muda dalam dunia perniagaan. Walaupun begitu, Asyraf yakin yang rezeki itu di tangan Allah SWT dan untuk berjaya bukan terletak pada umur seseorang.
Apa yang akan menentukan kejayaan seseorang itu adalah usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa. Asyraf faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentornya sendiri.
Buat Ayah Bangga Adalah Big Why Terbesar
Bila ditanya tentang ‘big why’, Asyraf terus memberitahu yang impian terbesarnya adalah untuk membuat ayahnya, Datuk K merasa bangga.
"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.” kata Asyraf. Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya.
"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.
Kegagalan Lalu Membuatkan Asyraf Sedar Mentor Itu Sangat Penting!
"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.
Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.
Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.
Jutawan RichWorks Menekankan Sikap Rendah Diri
Jutawan RichWorks yang fokus mengikuti program Titan sangat ramai. Nama-nama besar dalam dunia usahawan seperti DAG Bantal Hotel 7 Bintang, Nurraysa, Waniey's dan banyak lagi, semuanya antara jutawan hasil kelahiran dari program anjuran RichWorks. Ini termasuklah diri Asyraf dan isterinya sendiri dengan perniagaan mereka yang diberi nama Mutyara.
"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.
Sikap-sikap yang ditunjukkan oleh jutawan hasil kelahiran RichWorks ini sedikit sebanyak telah menzahirkan sikap Datuk Wira Dr Azizan Osman itu sendiri.
Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan.
“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.
“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.
Datuk K Nasihatkan Semua Usahawan Supaya Terus Terapkan Nilai Murni
Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya agar tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. Bagi diri Datuk K, kejayaan yang dicapai perlu disalurkan juga kepada orang lain yang memerlukan.
“Jangan lupa masyarakat lain di luar sana, ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi ‘be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.
Untuk Berjaya Hubungan Dengan Allah SWT Sangat Penting Selain Usaha Tanpa Jemu
Hubungan sesama manusia kita boleh juga jadi kenapa hubungan ikatan dengan Allah SWT tidak kita jaga dengan baik juga? Inilah perkara yang boleh diambil iktibar dari kisah yang dikongsikan ini.
Bila difikirkan semula, memang patut para usahawan RichWorks mencapai kejayaan kerana Mentor mereka, Datuk Wira Dr Azizan Osman mengajar nilai menjaga hubungan dengan Allah SWT juga.
Untuk berjaya banyak perkara yang perlu dilakukan dan tidak hanya tertumpu kepada satu dua perkara semata-mata. Jika gagal perlu bangkit lagi. Jika tak berjaya perlu terus bangun dan cuba lakukan yang lebih baik. Inilah dia dunia perniagaan yang sebenar.
Untuk mereka yang mempunyai mentor pastinya itu adalah satu kelebihan kerana punya tempat untuk mengadu dan bertanya pendapat serta tunjuk ajar. Bagi mereka yang tak punya mentor pula tentunya akan terus terumbang ambing kerana tidak tahu arah tujuan yang betul untuk destinasi yang sepatutnya.
Pendekata, jika benar nak berjaya dalam dunia perniagaan ini carilah mentor dan jagalah hubungan dengan Allah SWT.
Untuk menjadi ‘pelajar’ di RichWorks tidak susah, boleh terus layari website utama RichWorks dan hubungi direct jika ada pertanyaan lanjut.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)