PICKids dose pertama - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, February 25, 2022

PICKids dose pertama

Alhamdulillah...
hari Rabu lepas,
selesai dos pertama vaksin PICKids tiga orang anak Mama Yan.
Semoga takde apa apa kesan advers la hendaknya..
sesungguhnya,
Kami sebagai ibu bapa hanya berikhtiar.
selain dari menjaga SOP dan elakkan berada di tempat sesak,
kami sentiasa mengingatkan bahaya Covid kepada anak anak,
Maklumlah kan...
Anak anak ni..
bila dah happy happy,
lupa dah semua SOP..

sekolah diorang ada lebih kurang 120 orang pelajar aje yang setuju untuk divaksin.
Berbanding dengan sjkc berhampiran, lebih 400 orang yang setuju divaksin.
hmmm...
tak apa lah..
kita hormati pilihan pilihan masing masing.

Sambil sambil menunggu giliran,
MY acah acah la nak baca majalah Komik
'Ragam Orang Kita' ni...
tapi tak sempat pun baca pun...

duduk 5 minit kat kerusi luar dewan dah kena masuk dewan.
duduk 5 minit kat kerusi dalam dah kena register,
duduk lagi 5 minit, kena sign saksi dan briefing,
kemudian terus ke bilik untuk suntikan.
kat bilik suntikan mula mula Aril dulu,
lepas tu Mursyeed pulak duduk kat kerusi sebelah.
Aril dah bangun,
Sarah pula suntik. 
Dah bangun dari kerusi...
dah berdiri sebelah MY..
tanya la dia..
OK tak?
baru Ucid jerit... waaa...sakittt..
terus pegang tempat cucuk
elehh..eleh... lambat benor refleksinya.

dah siap cucuk..
terus hantar borang untuk ambil kad vaksin.
Alhamdulillah..
Selesai dalam masa tak sampai setengah jam.
tak ramai orang...
dan urusan berjalan dengan teratur dan lancar.

Dose kedua nanti dijadualkan pada 20 april..
Yeay..
birthday mama...
Semoga anak anak kita semua terus sihat dan dijauhkan dari sebarang musibah penyakit..
InsyaAllah...



 

3 comments:

  1. Senang bila segala urusan berjalan dengan lancar. Tak sempat nak feeling membaca. Alhamdulillah, semoga semuanya baik baik dan tak ada kesan yang serious.

    ReplyDelete
  2. Cucu2 wak yang dah sekolah rendah pun dah cucuk PICKids dos pertama

    ReplyDelete
  3. Di sekolah Firdaus pun macam tak ramai ibu bapa hantar anak untuk suntik vaksin. Alhamdulillah, Firdaus kami hantar vaksin sebagai satu usaha dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad