Urusan dunia - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, February 4, 2022

Urusan dunia


Lepas balik jemputan kahwin hari Rabu tu,
Barulah kami sekeluarga balik kampung suami di Segamat. Ada sekeping je gambar kat jemputan. Sibuk melayan si Mijan ni. Taknak diam. 


Semalam pagi kami keluar ke bandar Segamat untuk selesaikan urusan kakak ipar.
Suami kepada kakak ipar baru sahaja kembali ke negeri abadi 2 minggu lepas.
Jadi, kami pun bawalah kakak ipar untuk selesaikan urusan urusan penting berkaitan. Kakak ipar MY ni takde kenderaan untuk ke bandar. Ada motor, tapi takde lesen untuk jalan jauh. Setakat pergi kedai dalam kampung tu boleh la



1. Ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk hantar borang permohonan. Kakak ipar MY dah tak boleh bekerja kerana sakit pada bahagian kaki dan lutut.
Tapi borang permohonan ditolak kerana salinan buku akaun bank tidak dikemaskini.

2. Pergi ke Maybank untuk kemaskini buku bank, lama beratur. Kakak dah la sakit lutut. Rupa rupanya, akaun Maybank kakak dah tak aktif. Kena buat akaun baru. Tapi semalam tak boleh buat. Kena temujanji. Nak tutup akaun arwah suami pun tak boleh, kena buat temujanji juga. 

3. Pergi ke LHDN, untuk tukar penama bantuan kerajaan. Tapi LHDN Segamat tutup. 

4. Cuba untuk buka akaun di BSN, sebab JKM benarkan penggunaan Maybank dan BSN sahaja. Tapi, BSN pula server down.

5. Last sekali pergi ke Pejabat Pusaka Kecil. Pejabat ni dah menghala jalan balik. Ni untuk tukar nama tanah, nama tukar nama Felcra. Tapi semalam tak semua dokumen. Jadi ambil senarai aje dulu. Sediakan semua dokumen, baru hantar semula.

6. Dah pukul 1 tengahari, perut masing masing pun dah lapar. Bawa la makan kat kedai makan sebaris dengan pejabat pusaka kecil tu. Anak anak kakak jarang dapat keluar, kesian. Ketiga tiga orang anak kakak merupakan pemegang kad OKU intelektual. Walaupun dah dewasa dari segi umur, tapi tahap mental dan intelektualnya, masih keanak-anakan.


Lepas tu kami pun balik. Penatnya ya rabbi. Urusan? Satu pun tak dapat selesai. Hahaha... 

Kesimpulannya dari sini,
Simpan sijil sijil, surat surat perjanjian, geran di satu tempat yang selamat. Kalau boleh sediakan salinannya sekali. Kita tak dapat menghidu hal hal kecemasan yang bakal berlaku. Balik rumah ni, Mama Yan pun nak kemas kini fail fail simpanan sijil dan geran. Labelkan failnya sekali. 

Hari ni bersambung lagi urusan untuk tutup akaun arwah biras Mama Yan pula. Harap dipermudahkan segalanya...


11 comments:

  1. Banyak kan urusannya, masa suami adik Sis meninggal pun, Sis bantu dan bawa dia untuk settlekanya.. alhamdulilah Allah permudahkan semuanya.. moga adik Yan pun sama juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kita ni,sijil², geran² dan surat perjanjian felcra simpan dalam laci tak pernah buka, rupanya dah hancur dikerjakan lipas dan anai anai. Aduhhh... kita yang pening sama

      Delete
  2. Memang banyak urusan yang perlu dibereskan
    Semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. betul ...bab2 uruskan sijil2 , surat perjanjian dan geran serta dokumen penting ni memang perlu diletak satu tempat yang senang nak cari ..

    ReplyDelete
  4. Satu persatu. Semoga dipermudahkan. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Urusan macam ni memang meletihkan kak. Sini cakap lain, sana cakap lain dengan server down lagi. Dahlah tempat tempat tu bukan dekat dekat. Segamat tu boleh tahan sesaknya. Sabar jelah bila urusan tak settle.

    ReplyDelete
  6. moga semuanya berjalan lancar ya. masing2 ada tanggungjwab, sama2 la kita usahakan

    ReplyDelete
  7. Salam takziah :(
    Semoga dipermudahkan segala urusannya ye

    ReplyDelete
  8. Allahu Akbar, kita ketinggalan baca kisah kak ipar MY ni. Kesiannya beliau, semoga urusannya dan anak2 dipermudahkan. Mujur ada adik yang Allah swt lapangkan masa utk membantu. Semoga segalanya akan selesai dengan jayanya nanti.

    Kadang macam tulah, bila tengok orang lain, rasa nak buat fail, tapi sampai rumah, ke laut perginya. (saya la tu)

    ReplyDelete
  9. kenduri hari Rabu tu kenduri kakak ipar ammi tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, majlis kak Ti. scan juga muka sorang sorang kot kot nampak Ammi...

      Delete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad