semalam MY balik dari kampung di Pahang,
Alhamdulillah..
perjalanan pergi dan pulang yang lancar.
Alhamdulillah..
perjalanan pergi dan pulang yang lancar.
tak banyak gambar gambar menarik yang dapat dikongsikan.
Sebab tak pegang handphone sangat.
Kami balik Jumaat petang tu ke rumah mentua di Segamat dulu.
Memang selalu macam tu,
Transit 1 malam di Segamat,
kemudian baru meneruskan perjalanan ke Raub pula.
Malam Jumaat tu,
mentua buat tahlil di surau berdekatan rumah sempena kedatangan Ramadan.
MY sampai kampung,
makanan dah siap packing dah,
Rupa menantu hantu kan..
bukan nak balik awal tolong rewang.
Nak buat macam mana kannn...
Saya menantu,
dah anaknya banyak urusan lain,
saya ikut aje.
Pagi Jumaat tu,
sebelum balik kampung,
Sempatlah MY buat 2 boko kuih bakar untuk dibawa pulang ke Segamat.
Buat makan adik beradik aje.
sebagai pengganti tak join rewang.
Masa tengah sejukkan kuih bakar tu,
Mizan pergi cucuk cucuk dan cubit cubit kuih bakar tu..
adoilahh..
geram je rasa...
Rasa macam nak aje gigit gigit jari kecik dia tu.
habis kuih bakar Mama Yan...huhuhu...
takpelah...
janji boleh makan.
Bayangkanlah kalau ambik tempahan orang...
takkan nak jual kuih dah tak cantik macam ni kat orang.
Memang takleh meniaga la nampaknya dengan anak ramai ni...
Hari esoknya tu, Sabtu,
Lepas sarapan kami pun bertolak.
Tapi singgah bandar Segamat dulu, cari farmasi.
Sebab suami ada selesema sikit,
Belikan dia ubat selesema yang tak mengantuk dan gula gula strepsils,
dan beli juga Covid Rapid Test Kit...
Beramai ramai la kami menguji dalam kereta tu.
anak anak belikan yang jenis kemam dalam mulut tu je.
sebab bukan main susah nak suruh keluarkan air liur masing masing.
dah dapat keputusan masing masing dan semua dapat single line,
Kami pun meneruskan perjalanan.
Alhamdulillah..
selamat sampai.
Macam biasalah...
Sampai aje rumah teruslah capai penyapu dan mop.
hehehe...
Nantilah sambung lagi kalau ada kesempatan.
tak banyak ambil gambar jadi nak bercerita jadi tak best pula...
Masa nak balik hari Isnin tu,
dah nak naik kereta,
baru ternampak pokok keladi terbiar tepi pagar..
nantilah balik raya nanti baru korek...
Warna daun keladi tu cantik betul. Ada rupa corak batik.
ReplyDeletebestnya balik kampung ... ain dah lama gak tak balik kampung ni ,
ReplyDeleteBakal tuan baharu ku sabar menanti mu kata pokok keladi tu.
ReplyDeleteKalau saya pulak nak balik segamat transit kuala pilah dulu. hehehe. senang satu jalan dapat singgah dua kampung kan. Keladi cantik tu KakYan, ikut balik ke tak tu? :p
ReplyDeletepatut turun semula kereta ambil keladi tu.
ReplyDelete