Tajuk drama : Thirty Nine
Penulis : Yoo Young A
Jumlah Episod : 12
Tarikh Tayangan : 16 Februari 2022 - 31 March 2022
Bahasa : Korea
Pelakon:
Son Ye-Jin sebagai Cha Mi-Jo
Jeon Mi-Do sebagai Jeong Chan-Young
Kim ji-Hyun sebagai Jang Joo-Hee
Yeon Woo-Jin sebagai Kim Seon-U
Lee Mu-Saeng sebagai Kim Jin Seok
Lee tae Hwan sebagai Park Hyeon-Jun
Thirty Nine mengisahkan persahabatan tiga orang gadis sejak zaman remaja sehinggalah mereka berusia 39 tahun kini. Best cerita ni.. terasa in sangat dengan diorang cerita cerita persahabatan macam ni... Cerita yang simple, relax dan santai untuk ditonton.
Son Ye Jin sebagai Cha Mi Jo berusia 39 tahun merupakan seorang pengarah dan doktor di sebuah klinik kulit miliknya. Asalnya, Mi-Jo dibesarkan di sebuah rumah anak yatim kerana ibunya seorang banduan. Mi-Jo dibesarkan oleh sebuah keluarga yang agak berada dan sangat menyanyangi Mi-Jo lebih lebih lagi kakak angkatnya Cha Mi Hyun yang sangat bersifat protektif kepada adik angkatnya.
Jeon Mi-Do sebagai Jeong Chan Young, pula seoarang guru lakonan. Dia membuka kelas lakonan untuk pelakon pelakon walaupun sebenarnya dia sendiri yang bercita cita untuk menjadi pelakon. Chan Young mempunyai seorang kekasih, tetapi kekasihnya Jin-Seok tu suami orang.
Kim Ji Hyun sebagai Jang Joo Hee, bekerja di gedung membeli belah sebagai pengurus dan promoter bahagian kosmetik. Kemudian Joo Hee berhenti kerja kerana bosan dengan karenah pelanggan di sana dan bekerja sementara di restoran makanan Cina milik Hyeon-Jun.
Tinggal lagi 2 episod, Rabu dan Khamis ni merupakan episod terakhir.
Jeong Chan Young menghidap kanser pankreas tahap 4.
Manakala Cha Mi Jo pula, berdapan dengan masalah ibu kandungnya dan ayah boyfriendnya tak sukakan statusnya sebagai anak angkat.
Tak tahu siapa yang akan mati dulu antara tiga orang ni sebab episod pertama cerita ni tunjuk boyfriend boyfriend diorang ni ada kat gereja untuk majlis pengebumian..
Lepastu.. baru flashback flashback semula kenangan diorang semua ni...
macam mana la dorang boleh kurus kecik aje pada usia 40?
Ooo episod pendek je ek, bolehlah tengok, macam menarikkk..
ReplyDeleteMenarik la juga... cerita santai2 je
Deleteok..dah nak abis dah, leh start layan. he he he..ramai ckp cita ni sempoi.
ReplyDeleteAah... boleh layan ni...tak berat kepala fikir kesudahan.
DeleteOh, boleh layan ni. Baru habis tengok The Cursed. Tengah layan cete yg belum habis episod, Business Proposal. Pas tu malam tadi start cete lain pulak. Eh, banyaknya cete nak kena tengokkkk.
ReplyDeletehahahahha citer sesuai utk yg nak msk 4 series ni :D ..layan jgk drama ni... tetiba mengimbau kenangan masa umur 39 tu :D
ReplyDeletehantu netflix disini lapor diri..haaa boleh la layan
ReplyDeletedah umur 40 pun still maintain cantik je diorang semua ni kan..
ReplyDeleteKisah time travel dan persahabatan best tengok. Pelakon pun hebat hebat tu. Okaylah 12 episod boleh layan lagi ni.
ReplyDelete