Tajuk : Cinta Semanis 'Carrot Cake'
Pengarang : Fatinilam Sari
Cetakan pertama : 2015
Penerbit : Grup Buku Karangkraf
Jumlah muka surat : 500
Fiksyen Melayu
Mama Yan beli buku ni shopee bulan 3 tahun 2021...
Alhamdulillah.. bulan 3 tahun 2022 baru berjaya baca.
Itupun dah hujung hujung bulan 3 dah...
Novel ni mengisahkan Irina yang terpisah daripada bapanya sejak kecil.
Ibunya telah meninggal dunia dua tahun lalu.
Pada suatu hari,
Irina menerima kunjungan daripada teman baik bapanya untuk membawanya ke Switzerland.
Namun malang menimpanya,
Irina telah diculik ketika sampai di lapangan terbang.
Irina telah disembunyikan di sebuah rumah milik seorang bekas banduan.
Tanpa pasport dan wang,
Irina terpasung di rumah Bram.
Lebih malang,
identiti Irina telah diambil orang.
Ini menjadikan Irina sebagai warga asing tanpa identiti dan dokumen perjalanan.
Akhirnya,
Irina dan Bram sama sama telah jatuh cinta dan berkahwin.
Setelah berkahwin,
barulah Bram tahu,
Irina adalah anak perempuan kepada bekas majikannya yang telah menganiayainya.
Irina pulang ke Malaysia dengan membawa hati yang luka.
Di Malaysia,
Irina kembali bekerja dengan majikan lamanya, Firdaus yang masih mengharapkan balasan cinta Irina.
Bram datang ke Malaysia untuk menjejaki isterinya tetapi Irina telah dimasukkan ke hospital kerana terjatuh di tempat kerja dan hampir kehilangan nyawa dan bayi kembar dalam kandungannya.
Pada MY buku ni biasa biasa sahaja.
tajuknya macam tak berapa ngam dengan isi.
tapi boleh la baca, cuma takdelah nak ulang baca lagi lepas ni.
harap lepas ni pengarang terus menulis lagi sebab MY sukakan gaya bahasa dan tulisannya.
tajuknya semanis carrot cake sekali baca review mama yan ni macam eh takde pulak manisnyaa hahahha macam paht kopi ajee.. tapi macam tertarik juga ni hmm
ReplyDeleteYer...sikit sangat tunjuk part manis tu... lebih banyak thrill
Deletesekarang ni tengah malas nak membaca novel... mood tak mari
ReplyDeletemenarik ni
ReplyDeleteSekurang kurangnya habis jugak dibaca tu kakyan. Dari diperam je kan.
ReplyDelete