Ini perancangan untuk menu berbuka puasa minggu pertama keluarga MY. Siap buat jadual, acah acah nanti senang nak buat persediaan bahan memasak. Tak tahu la boleh ikut perancangan atau tidak.
Mula mula sekali, kena pergi belanja bahan bahan mentah dulu. Lepas tu, bersihkan bahan mentah dan letak dalam bekas ikut kuantiti dan bahagian yang diperlukan ikut resepi. Kiranya... kalau untuk buat ayam kunyit tu, simpan bahagian dada dalam bekas lain. Nanti nak masak, defrost bekas tu aje.
Tapi ni perancangan makanan dan lauk utama je. Kalau ada nak tambah kuih muih atau pencuci mulut, tu nanti kendian lah. Ikut kemampuan dan kesempatan.
4.4.2022 - Isnin
Nasi Putih
Ayam goreng kunyit
Tom yam campur
Telur dadar
5.4.2022 - Selasa
Nasi lemak
Udang goreng
Sambal tumis
Telur rebus
Timun
6.4.2022 - Rabu
Nasi ayam
Sup kaki ayam + kentang
Beli ayam bakers cottage
Salad
7.4.2022 - Khamis
Nasi Putih
Kurma ayam + kentang
Sayur kobis
Sambal lada hiris
8.4.2022 - Jumaat
Roti jala
Kari ayam
Nasi Putih
Sayur
9.4.2022 - Sabtu
Chicken chop
Sayur kukus
Nasi goreng cina
Kuah lada hitam
10.4.2022 - Ahad
Bubur ayam
Nasi
Kangkung tumis
Ikan bilis goreng
Telur masin
rajin nya MY siap buat menu untuk seminggu, entahla Dana ni dari dulu payah nak plan menu cuma selalunya pagi lepas sahur baru terpikir nak masak apa lepas tu letak la lauk dekat chiller supaya petang tu dah tak beku untuk masak. Selalunya masak menu sesimple yang boleh lagilah bila puasa jem pun boleh tahan sampai rumah pukul 5 lebih , kalau kurang nasib baik kul 6 baru sampai rumah lagi haru
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan MY.
ReplyDeleteBagusnya dah siap menu nanti senang dah tak yah fikir nak masak apa kan...
Mrs. A ni menu selalunya ikut selera Mr. A sebab dia yang cerewet bab-bab makan nih!
selamat menyambut ramadhan MY
ReplyDeleteAkak pun dah buat plan untuk 7 hari, tulis di nota hp. Kalau ada plan, senang nak beli bahan masak dan dapat elakkan pening mikir nak masak apa. Hehe.
ReplyDeleteSelamat menyambut ramadan
ReplyDeletewah list sesiap macam ni lagi mudah tak payah pening-pening kepala nak masak apa ..
ReplyDeleteterima kasih boleh cuba. hehehe
ReplyDeleteSenang kerja dah siap menu, tinggal siapkan bahan bahan je lah. Tersasar tu biasalah, ikut selera jugak kadang. Sahur tu belasah juga apa yang ada masa tu. Asalkan ada makanannya.
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa :)