Netflix Movie The Prince and Me - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, April 23, 2022

Netflix Movie The Prince and Me




Movie ni salah satu daripada favourite movie MY dan Housemates zaman zaman student universiti dulu. Ni zaman zaman tengok CD kat komputer di hujung minggu. Kami kami semua ni anak anak orang biasa je, takde la tiap minggu outing atau berseronok ronok. Jadinya, selalu la kami beli CD Movie , tak sampai RM10 pun, boleh ulang ulang tengok. Kalau CD movie inustan, mahal sikit la, sebab CD nya 3 keping untuk satu movie. Tengok pun kat komputer aje..


Tajuk Filem: The Prince & Me
Pengarah : Martha Coolidge
Produksi : Lions Gate Film & Sobini Films
Edaran: Paramount Pictures & Lions Gate Film
Tarikh ke udara: 2 April 2004
Durasi Filem: 106 minit


Ok, The Prince & Me ni, 
Kisahnya tentang seorang student perempuan di University of Wisconsin - Madison bernama Paige Morgan dan seorang pewaris takhta kerajaan Denmark, Putera Edvard. Putera Edvard langsung tak ambil tahu tentang tanggungjawabnya sebagai putera raja, asyik berpoya poya dan berlumba kereta.

Satu hari, gambar Putera Edvard berpelukan dengan perempuan tersebar di akhbar. Malam tu pula, putera Edvard menonton siaran televisyen dan melihat pelakon seksi yang memaparkan kehidupan bebas di Wisconsin. Putera Edvard terpengaruh dan memujuk ayahbondanya untuk pergi ke Wisconsin, America dan menyamar menjadi pelajar pertukaran universiti dan menggunakan nama samaran Eddie.

Di universiti, Eddie dan Paige menjadi partner dalam makmal Kimia. Si Eddie ni selalu menyusahkan Paige sepanjang jadi pasangan dalam makmal dan jadi part timer kat cafe tempat diorang mula mula jumpa. Tapi lepas tu, Eddie pula membantu Paige dalam subjek Sastera, Bangsawan kan memang terror sastera. 

Semasa hari thanksgiving, Paige pelawa Eddie untuk menyambutnya bersama sama keluarga paige di rumah ladang diaorang. Eddie happy gila join keluarga Paige masa hari Thanksgiving tu, makan sama sama.make up lawn mower dengan abang abang Paige dan masuk perlumbaan mesin rumput.

Balik dari kampung Paige, diorang dah start couple. Masa dalam library, diorang nak buat projek geli geli kat celah celah rak buku, tiba tiba sekumpulan paparazi datang serbu. Masa tu, Paige terkejut dengar paparazi tu panggil Eddie 'Your Highness'. 

Paige merajuk dan rasa tertipu dengan Eddie. Tak sempat Eddie nak jelaskan, Eddie terpaksa pulang ke tanahairnya semula kerana ayahandanya sedang gering. Selepas buat pembentangan subjek Literature Shakespere, baru Paige sedar yang dia sebenarnya suka sangat kat Eddie. Jadi, Paige pun redah aje naik kapal terbang pergi Denmark.

Eddie bawa Paige ke istana dan melamar Paige walaupun bonda Eddie macam tak setuju pada awalnya. Tapi lepas tengok Putera Edvard atau Eddie banyak berubah dan lebih matang, permaisuri setuju dengan pilihan Eddie. 

Paige pula sedar, jika dia jadi permaisuri nanti, dia terpaksa korbankan impian dia untuk jadi doktor dan berkhidmat di negara negara yang memerlukan. Paige mengundurkan diri dan meninggalkan Eddie serta kembali kepada kedua ibu bapanya.

Kesian Eddie kena tinggal. Tapi, kalau nak tahu kesudahan sebenar... kena la tengok sendiri. Walaupun cerita dah lama, tapi masih relevan untuk ditonton oleh orang sebaya MY kerana adanya kenangan di situ...


Satu daripada pelakon kegemaran MY


aish..comel betul Julia Stiles ni.
Tapi sekuel The Prince & Me part 2,3 4, watak Paige Morgan buka Julia Stiles lagi dah yang berlakon,
Jadi, dah tak tengok dah filem sekuelnya..





3 comments:

  1. yes..cita ni best ...memang layan!

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tengok kot movie ni. Julia Stiles pelakon favourite saya juga since movie Save The Last Dance tu.

    ReplyDelete
  3. Yes... masa study dulu memang dok ulang-ulang tengok citer ni hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad