Hari Jumaat 2 minggu lepas,
MY pergi beli telekung untuk buat buah tangan hari raya nanti.
PIlihan MY adalah Telekung Tea, Johor Bahru.
Pergi suami hantarkan,
MY malas nak drive sorang sorang ke sana...
Crowded sangat.
Nak parking pun susah.
Suami tunggu je dalam kereta dengan Mijan.
Mama Yan turun dengan Sarah aje berdua
Anak dara sorang ni nak cari lagi sepasang telekung.
Okay..silakan cari..
Rambang mata memilih..
Tapi warna yang dia nak,
dah takde saiz dah..
Bonding time la kiranya dengan anak dara ni...
Lagipun dia takde geng,
Sorang je pompuan.
Yang lain lelaki,
Abang abangnya semua tak nak ikut sebab nak tengok TV dan main handphone aje di rumah.
Kiut kann...
Zaman MY kecik kecik dulu...
Takde macam ni semua..
Ada kaler putih aje.
Beli telekung pun kat Pakistan karpet..
bayar ansur.
Itupun dari kecil sampai remaja pakai yang sama sampai lusuh.
Bila dah senteng..
Mak beli kain ela,
Jahitkan bagi tambah panjang..
hehehe..
Zaman tak sama..
Dalam butik telekung tea ni memang nampak mewah..
pekerja pun ramai...
first time la masuk sini...
bukan main lagi MY membelek belek harga setiap telekung tu...
Sampai RM700 lebih pun ada...
Memang cantik menarik...
Suka sangat dapat telekung baru.
Nasib baik dia tak berkeras nak warna pink.
Mula2 pilih biru, takde saiz pula...
Lepas tu dia nak warna kuning...
Pink langsung tak jadi pilihan..
Mungkin sebab telekung dia yang sedia ada warna pink kot...
Taraa... comel gila kan...
Ada hiasan lagi di depannya..
Telekung - telekung ni semua MY nak agihkan pada staf, adik beradik, mak dan mak mak sedara pada hari raya nanti.
Seorang sepasang.
MY pun mestilah nak juga sepasang...hihihi.
Tapi Mama Yan beli yang level marhain aje lah...
Bukanlah telekung level Mak Datin atau Puan Sri.
Sekadar tanda ingatan dan kenangan sahaja
MY teringat arwah kakak ipar...
Telekungnya sangat sangat lusuh...
Pakai dari hantaran tunang, sampai anak 4.
Duit gaji memang cukup cukup makan.
Tapi Mama Yan taklah rasa ralat sangat,
Sebelum arwah terlantar sakit,
MY sempat hadiahkan dia sepasang telekung,
Eh...bukan...
MY memanjangkan sedekah bos MY,
Abang Ayai Illusi.
Masa tu dia bagi MY telekung sebab baru balik bercuti dari Bandung,
MY pula bagi telekung tu pada kakak ipar...hehehe
Selain telekung, suami beli kain pelekat dan sejadah juga untuk dipadankan bersama sama dengan telekung tu nanti...
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan...
Gembira sebab dapat kongsi rezeki tersebut bersama sama mereka yang terdekat dan tersayang.
Semoga apa jua urusan dan ibadah kita pada hari ini dirahmati Allah Taala ... Aminn...
Semoga perkongsian MY digantikan dengan yang lebih baik oleh Allah swt di dunia, dan Allah swt dah janji, tiga perkara yang dibawa ke sana, salah satunya, sedeqah. Sehingga orang yang meninggal dunia, minta dihidupkan kembali utk bersedeqah.
ReplyDeleteSaya ada sepasang telekung tea warna merah jambu.
kalau nak compare zaman kita membesar dengan zaman anak-anak memg byk beza. Dulu baju raya 1 kurung 1 skirt sbb itu je mak ayah kita mampu. skrg ntah sorang berapa pasang.
ReplyDeleteDulu ada satu outlet Telekung Tea di Prima SG ni... sekarang tak pasti masih ada atau dah berpindah.
ReplyDeleteBagus MY, bagi hadiah yang boleh digunakan dan Insha Allah mengalir pahala utk pemberi juga asbab amal jariah yg dibuat
Zaman dulu telekung putih sulam paling mahal. Sekarang dah banyak pilihan. Comel telekung budak budak pun. Ada jugak Sarah peneman mama Yan. Alhamdulillah, semoga bertambah tambah rezeki KakYan berkongsi rezeki bagi hadiah telekung pada mereka semua.
ReplyDeleteSalam lebaran aidilfitri mama yan :)
ReplyDeleteSeronoknya tengok MY dan anakanda Sarah borong telekung! Hadiah sebegini bermanfaat buat yang menerima juga yang memberi :)
ReplyDelete