Bercuti di Mersing, Johor Hari Ke Tiga - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, June 11, 2022

Bercuti di Mersing, Johor Hari Ke Tiga

Sambungan dari entry 

Hari ketiga di Mersing memang tak buat apa apa sebab suami MY kerja.
Alhamdulillah kami dapat projek baru di Mersing.
Jadi sekali jalan la tengok site, susun pekerja dan susun barang kerja di tapak.
 Seharianlah suami MY keluar bekerja dan seharian jugalah Mama Yan menghadap anak anak...
Sama aje macam kat rumah. 
Bezanya,
Duduk chalet tak la buat kerja rumah macam kat rumah.
Baring baring la berehat..
Tapi bosan yaamat.
Novel tertinggal dalam kereta,
Suami bawa kereta pergi kerja.
TV ada lima channel aje, semua tak best pulak tu.

Suami dah pesan jangan bawa anak mandi laut kalau dia takde..
Bahaya sebab MY langaung tak pandai berenang.
Dah tu dia janji pula dengan anak,
Ayah habis kerja nanti,
Kita mandi swimming pool.
Adeh..menanah telinga dengar soalan "Bila ayah nak balik ni?"

Pagi pagi kami pergi sarapan kat food court depan pantai tu. 
Ada 1 gerai aje yang buka.
Tu pun dah tinggal sikit sikit aje..

bercuti di pantai air papan mersing
Dorang semua makan nasi lemak telur goreng

bercuti di pantai air papan mersing
Ucid sorang je makan nasi lemak letak sambal,
Yang lain makan nasi lemak tak bersambal.
MY makan bihun goreng.
OK ajelah...
Takde pilihan.
Terkejut tengok lapang dan lengang sekitar pantai.
Tak macam hari Isnin tu.

Lepas sarapan,
Bawa anak anak jalan jalan tepi pantai..
Ingatkan nak beli buih sabun tiup tiup bawah pokok tu..
Tapi Mijan asyik tunjuk laut nak mandi.
Syitu...syitu...
Ahh...tak jadi ni..
Terus la balik lepak kat bilik je.

bercuti di pantai air papan mersing

Tengahari tu,
Kami makan nasi Kembara beli dari blogger Lydsunshine.
Blogger lagi ke dak Salida ni?
Kira blogger la sebab blognya masih wujud.

Senang kalau pergi bercuti bawa bekal nasi kembara ready to eat meals ni.
Tuang air je...
Nanti heater dia panaskan makanan tu.
Kira boleh aje lah...

Ayah dia balik kerja pukul 4 lebih...
Semua dah mengelitik nak mandi swimming pool.
Kat sini ada 2 pool kecik untuk kanak kanak dan 1 pool besar sikit untuk dewasa.
Boleh la buat layan anak anak..

Walaupun kolam secoet je...
Tetap la kena jaga juga anak anak mandi kolam.

Malam tu,
Pergi cari tempat makan.
Hmm... kedai tomyam siam je yang kami jumpa.
Belasah je la...
Walaupun tak sedap dan mahal...
Makan aje la...
Jadi memang takde gambar makan dan makanan la.

Bab makan je failed sikit..
Yang lain okay..
Harap dapat datang lagi kat sini...
Hehehe...



 

3 comments:

  1. Seronok gak tu lepak2 tak buat kerja walaupun boring, hehe.

    ReplyDelete
  2. semua x sabar nak mandi manda ye hahaha

    ReplyDelete
  3. Betul. Better jauhi laut kalau tak pandai berenang. Risiko tinggi.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad