Bercuti di Mersing, Johor | Hari Kedua - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, June 10, 2022

Bercuti di Mersing, Johor | Hari Kedua

Sambungan dari Entry 
 

Pagi pagi pukul 7.30 kami dah sampai plaza Jeti Mersing. Nak kena sarapan dulu. Sebabnya nak ke laut tak boleh perut kosong. Nak kena alas perut dulu. 

Janji dengan agen pukul 8.30 pagi. Tapi sebab air surut, agen kata mungkin lewat sikit. Kalau air surut, bot tak boleh masuk ke jeti. Takpe... kami paham aje... air pasang surut laut ni bukan ciptaan manusia.

Sebelum naik bot, kami pergi beli tiket Taman Laut Johor dulu. 

Harga tiket taman Laut kanak kanak RM2

Harga tiket Taman Laut Dewasa RM5

Ni gambar belakang tiket tu.
Mijan takyah bayar, bawah 6 tahun, free.

Bergambar depan kaunter tiket Taman Laut Malaysia.

Wajah gembira nak pergi pulau.
Balik pulau... muncung panjang. Penat.

Ni gambar masa nak bertolak dari jeti. Syukur dapat brader tekong sporting layan anak anak snorkeling.

Ni gambar kat pulau hujung, Mersing. 
Air jernih sangat.
Ombak pun tak kuat.

Ni ambil video guna kamera Insta360 X2.
Nampak jelas ikan ikan berenang dalam tu.
Cantik sangat kalau tengok videonya.
Tapi belum reti nak edit videonya.
Tengah explore lagi ni.

Macam mana entah nak share video nya direct dari apps. Susah betal. Mama Yan ambil dari video capture je.

ikan keliling siap gigit - gigit kaki... Tapi Mama Yan jadi life guard je. Kira anak je. 1,2,3,4.5-6... ok ...cukup.



 Pujaan hati dinda ...
Memang dah lama suami MY teringin nak pergi pulau...
Sementara tengah ada projek kat Mersing, 
kita ambil kesempatan la untuk melihat keindahan alam tanda kebesaran Allah Taala.


Tak reti nak edit guna apps kamera insta 360 tu. MY guna screencapture aje la ye ... sedih kan..jadi orang tua yang outdated ni.

Kenangan dengan papan tanda jadilaa...
Sebab...sebenarnya...
MY memang failed habis berenang, menyelam, snorkeling dan seangkatan dengannya...
Sejenis panik dengan air.
Dah 2 kali lemas nyaris arwah...
Oleh kerana MY takut nak snorkeling,
Celup kamera ajelah nak tengok keindahan dalam air laut tu.

Kami balik ke resort dalam pukul dua ke tiga macam tu. Lepas dah mandi
dan laksanakan kewajipan, kami pun rehat rehat aje di bilik chalet. MY dan suami tidur. MY nak tidurkan Mizan dalam bilik, tapi Mizannya lari ke bilik sebelah. Suami pula tidur di ruang tamu . MY ingatkan Mizan main dengan abang kakaknya di bilik sebelah. Suami MY pula ingatkan, Mizan tidur kat Mama Yan. Rupanya, dia keluar celup kaki kat swimming pool depan chalet. Bertuah punya budak. Diam diam dia keluar pergi swimming pool. Nasib baik ada orang dewasa tengok kan. Sambil tanya " anak siapa ni woi??"

Maknya ni pun apa lagi .. . start enjin membebel la... punya ramai abang dan kakak, sorang pun tak bolen tengok kan adik ke? Tulah dia... bila bagi hempon, sorang - sorang tak ingat dunia, tak ingat adik.

Malam tu, kami keluar pergi basuh baju dan cari makan. Tapi masing masing dah kepenatan dan mengantuk, makan pun tak habis. Mama Yan pun tak kuasa nak ambil ambil gambar makanan lagi sebab Mizan tidur atas pangku. Makan pun laju -laju sebab anak semua dah layu. Mak sambung bebel ... Tula... bila mama ayah suruh tidur ... Tidur.... Yang bantai main hempon tu kenapa? Bila ayah bawa keluar makan dah la mengantuk jadinya.

Mak mak dan membebel bagai irama dan lagu. Tapi... anak anak dengar mak membebel macam halwa telinga je agaknya. Sikit tak terkesan.

Malam tu, masing -masing tidur lena. Penat sungguh mandi laut kat pulau. Oh ye.. kami pergi ni Pulau Hujung dan Pulau Besar.
kami ikut agensi CTG Explorer.
Ada 3 pakej yang disediakan.
kami ikut pakej B ..
Harga pula RM100 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak- kanak.
Peralatan snorkeling, air minum dan makanan tengahari disediakan.
Minimum 1 boat 4 orang, maksimum 12 orang.
Tapi kami sekeluarga pun dah 8 orang, jadi 1 bot tu..
Kami sekeluarga aje la...
Alhamdulillah...
Memang selesa sangat.
InsyaAllah..
Kalau anak dah besar sikit..
Kita repeat pakej lain yang lebih mencabar...
Wassalam




Sambung baca kat sini pula okay
Bercuti di Mersing, Johor Hari Ke Tiga



4 comments:

  1. Samalah kita MY, fobia air laut. Nak snorkeling pun air masuk hidung.

    ReplyDelete
  2. Syoknya MY.. Part fobia tu, kita sama MY..

    ReplyDelete
  3. cantiknya nengok ikan-ikan dalam laut MY oi.... mesti ralit nengok video ikan tu kan. Aduh berani betul si mizan tu ye dia ke swimmng pool sorang-sorang. Mujur My sedar jugak kalau idok macamne lah kan

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad