Bacaan wanita sahaja
Bangun pagi hari Isnin masa nak pergi bercuti Mersing awal bulan hari tu...
Tengok tengok menses..
Aiyokkk...
Macam mana nak mandi laut?
Macam mana nak gi pulau?
Ahh...jammed!
Sepanjang jalan asyik fikir fikir macam mana nak mandi laut kalau menses.
Last choice yang ada ...
Tampon!
Sampai bandar Mersing,
Pusing pusing cari Watson nak beli tampon.
Ngam ngam tinggal sekotak je lagi tampon kat Watson Mersing tu.
Petang tu nak pergi mandi laut,
sebelum nak guna tampon tu,
Search la kat internet
"Cara cara pakai tampon"
"How to use tampon"
"Kesan buruk penggunaan tampon"
Ye la kan..
Kali pertama nak guna..
Bukan main risau lagi rasa hati...
Macam macam terbayang...
Selesa ke nanti..
Kalau tak boleh keluar nanti macam mana?
Hahaha..
Yang bukan bukan aje yang difikir..
Ni ha..bersusun macam peluru benda alahnya.
Cara buka plastiknya senang aje,
Twist aje plastik tu.
Tapi ni untuk jenama ni la...
Lain jenama,lain cara bungkus agaknya.
Sekotak ni harganya RN25.90 kalau tak silap.
Kali pertama nak pakai je takut takut...
Bila dah pakai,
Tampon tu dah berada di tempatnya...
Sebenarnya tak rasa apa apa pun...
Selesa je...
Gasakla nak mandi laut,
Mandi kolam,
Snorkeling,
terjun tiruk,
Kuak lentang,
Silap silap sampai terlupa tengah datang bulan.
Tapi jangan sampai terlupa la pulak ye..
Sebab tak boleh berada di dalam saluran kewanitaan tu lebih dari 8 jam..
pakai antara 4 hingga 6 jam aje...
Masa nak keluarkan kali pertama cuak la juga...
Boleh pula terbayang kalau tali tu putus camne?
Tapi...
Senang je sebenarnya...
Jangan la rentap aje tali tu ...
Tarik nafas...relax.. tenang...
Pastu gerak gerak je tali tu ke depan ke belakang...
Then tarik perlahan lahan ke bawah..
Dah keluar...
MY tetap cuci sebelum buang ke dalam tong sampah...
Sebab takde masalah catuan air pun kan... cuci je la.
Lainlah kita ni tinggal di gurun sahara tu nak kena jimat air..
Risiko nak hilang termasuk dalam badan tu,
sangat mustahil ya,
Sangat sangat tak logik..
Pintu rahim tu sangat kecil berbanding dengan saiz tampon.
Jadi kalau tiba tiba nak keluarkan tapi talinya dah hilang..
Tu sama ada dah keluarkan tapi lupa,
ataupun tali yang putus,
Tampon masih di dalam.
Kalau tali putus,
Sila ke hospital ya..
Jangan korek sendiri pakai chopstick pulak.
kalau ada yang tertanya tanya..
anak dara boleh pakai tak?
jangan tanya Mama Yan...
Anak MY dah enam orang...
MY bukan orang yang sesuai untuk tanya soalan tu ok.
Ada banyak lagi lebih dalam kotak tu.
Tak tau la bila pula nak pakai...hehe
Kau dalam keadaan biasa...
MY masih menggunakan sanitary pad Bio Seleza keluaran Hai-O..
Tunggu ada masa mandi laut lagi la agaknya...haha
Pernah beli sekali tapi tak berani pakai huhuhuuuu!
ReplyDeleteSaya pernah dapat sebungkus. Pun sama macam Kak Amie, tak berani pakai hehehe
ReplyDeleteDulu pernag guna masa ada haid, sekarang sejak pakai implan, jangan kata tampon, kotex pun jarang guna hahahaha
ReplyDeleteTakut nak pakai kecuali desperate dah tak de pilihan mungkin akan try juga kot.
ReplyDeleteTak pernah guna. Cuma pernah dengar kawan cerita je.
ReplyDeletepernah pakai masa lepas beranak dulu itu pun nurse yang pakaikan lepas tu memang tak pernah pakai. hahahaha
ReplyDeletebanyak-banyak woman hygiene products, tampon la paling seram nak try guna.. kalau xde sebab insya-Allah takkan guna
ReplyDeletealamakkk kita seriau nampak mende ni hahaha... mmg x berani nak cuba.. ngilu
ReplyDeletepernh baca tp tkla cuba..seram hehe
ReplyDeletefirst time tengokk.. tapi seriau pulak huu
ReplyDeleteFirts time tahu mengenai tampon ni . Alahai seriau juga kalau nak pakai ni
ReplyDeleteadui!
ReplyDeleteok bye.