Makan Malam di Restoran Kemangi, Pontian - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, June 4, 2022

Makan Malam di Restoran Kemangi, Pontian

Setiap hari Khamis malam Jumaat,
Mama Yan dan suami memang akan bawa anak anak makan di luar...
Selalu bawa kat kedai kedai makan sekitar Pekan Nanas aje..
Tapi macam dah habis kot kedai makan kat Pekan Nanas ni...
Malam kelmarin, lajak sikit ke Pontian.
Kami memilih Restoran Kemangi Jalan Pontian untuk makan malam bersama anak anak 

Restoran Kemangi yang sebelah Econsave ni senang sikit nak parking kereta berbanding dengan lagi satu yang kat tengah bandar tu.
Thanks suami... beria ia tolong snapkan gambar dari jauh...
suruh letak dalam blog.

Nasi goreng chicken Chop ni pilihan Abang & Ucid. Sedap chicken chopnya, bahagian peha yang dibuang tulang. Nasi Goreng rasa standard ajelah..tak pedas, sesuai la untuk anak anak makan. 

Ni nasi goreng Cina yang MY order. 

Tak tahu la kenapa dan mengapa mesti nak kena ada telur goreng...

Suami Mama Yan order nasi daging Halia.
Dia kata sedap gila daging masak halia macam tu.

Ni pula mi sup untuk Mijan. Aril pun order mi sup juga malam tu.

Yang takde dalam gambar, Chicken chop Sarah dan Moq. Sebab sampai lambat sikit.
Mama Yan dah simpan handphone dan dah start makan, dah malas dah nak ambil ambil gambar.
Tomyam campur pun lupa nak ambil gambar.


Asalnya,
Si Ucid nak order nasi goreng Tom Yam,
Tapi ayah dia kata, baik order tom yam asing. 
Mama, ayah dan Ucid semua boleh makan tomyamnya..
Tu yg orderkan dia nasi goreng Chicken chop dan tomyam campur.
Mama ambik sayur, ayah ambil bawang, Ucid ambil semua isi udang, sotong, ayam...
Manalah tak gemuk budak dalam gambar atas ni jadinya... hahaha


Alhamdulillah..
Semua berpuas hati dengan makan malam tu.
On the way balik, masing masing ketiduran dalam kereta...kewareken... atau kekenyangan dalam bahasa javanya.
Syukur...masih ada rupanya restoran Melayu yang servisnya pantas, tempatnya selesa, makanannya sedap, harganya juga berpatutan.



 

5 comments:

  1. Tersusun elok menu dalam pinggan. Mesti chef terbaik ni.

    ReplyDelete
  2. Akak kalau balik Pontian memang selalu jugak makan kat Kemangi dekat Econsave ni, pasal mudah parking. Lepas tu terus shopping barang Mak kat Econsave.

    Memang syukur dan bangga ada jugak restoran elok dan masakan sedap kat Pontian. Sebelum ni ada satu lagi cawangan Kemangi kat Teluk Kerang, lebih dekat dengan rumah Mak. Tapi dah tutup operasi pulak.

    ReplyDelete
  3. Haaa.. nanti kalau kita lajak ke Pontian, bolehlah kita singgah.

    ReplyDelete
  4. seronok dapat kumpul family time macam ni.

    ReplyDelete
  5. Pernah juga makan2 kat kemangi bila adik-adik belanja tahun 2019 rasanya kot. Dah lama tak ke sana, makanan kira ok ada yg sdp ada yg biasa tp servis mmg agak pantas... kewareken semua turu lah ye

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad