Masak pulut kuning guna periuk Noxxa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, June 15, 2022

Masak pulut kuning guna periuk Noxxa

 Sebenarnya dah beberapa kali dah masak pulut kuning guna periuk Noxxa ni..
Baru hari ni share kat blog,
Sebab kalau tak ambil gambar time masak,
Memang takde story la kat blog.
MY bukannya dapat nak berjimba jimba selalu,
Nak join gathering ke.. meeting ke...review ke.
Agak susah sebab takde orang nak jaga anak lagi dah.
Jadi entry MY hanya berkisar pada perkara di sekeliling dan aktiviti harian MY..
Masak, mengemas, anak anak, pokok, ikan...gitu je laa

MY kan...memang suka sangat makanan berasaskan pulut, 
Tapi...
Pulut ni, indeks Glisemik Pulut sangat tinggi. 
Malahan berada di kedudukan yang pertama, mengatasi Indeks Glisemik gula putih.
Jadi kalau makan pulut, bacaan gula memang naik dan payah nak turun.
Jadinya..
Kalau ada sakit diabetes..
Janganlah makan pulut banyak banyak ya..
Kalau boleh, tak payah makan langsung.
Kalau itu aje hidangan yang ada,
boleh la jamah sesuap dua.
Masuk suapan yang ketiga bukan nama jamah lagi dah ya...



Bahan-bahan :
setengah kilo pulut Siam
Pewarna kuning 1 penutup
air
asam gelugur
garam
gula
setengah kotak kecil santan
1 sudu besar Minyak jagung 

Cara cara buat pulut kuning:

Mula mula basuh beras pulut. 
Lepas tu,
masukkan sedikit air, lebih kurang sama paras.
Masukkan pula 1 penutup pewarna kuning, dan 1 keping asam gelugur.
kacau supaya pewarna tu rata pada semua butir beras pulut
Rendam la dalam 15 ke 20 minit supaya warna kuning serap pada pulut tu,

Buangkan air rendaman pewarna.
buang juga asam gelugur ya,,
tak payah tanak asam sekali.
kemudian masukkan air baru untuk menanak pulut.
cara sukat air senang aje.
air tu kena ada bawah dari 1 ruas jari.
boleh tengok rajah di bawah ni,.


Masak pulut tadi dengan menggunakan periuk Noxxa.
Kalau takde Noxxa,
kukus aje...jadi juga.
Kalau guna periuk tekanan Noxxa ni,
setkan High Pressure selama 5 minit.
Lepas habis masa 5 minit tu,
pusing tombol atas tu untuk melepaskan wap tekanan.


Bila wap tekanan dah habis dilepaskan semua,
barulah boleh buka penutup periuknya.



Lepas tu,
masa pulut tu tengah panas panas tu..
masukkan santan kotak, minyak jagung, garam dan gula ke dalam pulut tu.
Dah tu apa lagi,
sinsing lengan baju,
dan mula lah mengacau pulut dengan santan tu sampai sebati.
Kena buat panas panas,
barulah garam gula santan tu boleh sebati dan mesra bersama selamanya.

MY letak minyak sikit sebab guna santan kotak.
Kalau guna santan segar dari perahan parutan kelapa,
tak letak minyak pun.
Santan kotak ni kurang bermnyak,
Ketat sungguh nak mengarung (mengaduk) pulut tu panas panas.
boleh keluar semua muscle muscle MY nanti.
Bila dah sebati betul,
pulut tu nampak berkilat dan kurang melekat ya



Kemudian sambung steamkan pulut tu.
Tak lama..dalam dua minit jadilah.
Tekan steam 2 kali,
putarkan tombol atas tu kepada steam.
Proses steam ni untuk masakkan santan tu.
Jadi, pulut kita tak la mudah sangat basi.

Habis masa steam 2 minit.
Tutup suis periuk.
senduk keluar semua pulut masuk dalam bekas lain.
Kalau boleh bekas kaca atau steel lah, panas kann...
Peiuk pula.. tunggu sejuk baru basuh ok.
Periuk tu panas..
Pulut pula mudah berkerak.
Jadi untuk elak kehadiran kerak,
angkat siap siap masuk dalam mangkuk hidang

Oh ya.. pastikan guna senduk kayu eh?
Calau balau periuk Noxxa kita nanti.
Nangis mak...
Nak dapat dah la susah..
Kena main kutu bagai..

Sekian la cara MY masak pulut kuning di jaman now. 
Sesuai dilayankan dengan rendang, atau sambil bilis,..
kari ayam pun ok...
Sardin pun tak kurang sedap ..
Ah apa apa lah...
Yang penting jangan makan berlebihan okay... 



 

10 comments:

  1. Lama tak makan pulut kuning. Sedap tu.

    ReplyDelete
  2. Bestnya masak dengan periuk Noxxa :)

    ReplyDelete
  3. Wahhhh
    sedap nih.. sy jarang makan pulut.. sebab ada yg ckp.. angin.. Kan.. tapi saya suka jugak.. lelagi bila dicampur kuah kari... nyammm!

    ReplyDelete
  4. Favorite nii...kalau guna Noxxa lagi mudah dan cepat pastu boleh makan dengan rendang daging...fuhhh asyikkk

    ReplyDelete
  5. kt opis ada kwn buat demo juga masa tu masak pulut kuning ...makan ramai2 sedap

    ReplyDelete
  6. Lately dok nampak beberapa bloggers dok review periuk Noxxa ja ni, nak kena try juga nanti 😆😬

    ReplyDelete
  7. Wahhhh thanks akak sharing. Boleh try nanti hehe

    ReplyDelete
  8. aduhai. sedap naw naw ni MY.
    aida x pernah lagi godak pulut sendiri.
    resepi berzaman da save dlm phone.
    buat sendiri, nan hado! dok beli aje la.
    sebab pulut kuning ni one of my feveret.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad