Resipi kek pisang berangan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, June 8, 2022

Resipi kek pisang berangan

Kali terakhir buat kek pisang rasanya tujuh tahun lepas kot kalau ikut dari entri blog https://www.aziankhalil.com/2014/06/oh-anakku.html?m=1
Lepas tu, macam tak pernah buat lagi dah kek pisang.
Malas nak buat sebab takde sambutan.

Kali ni buat sebab kat rumah ada pisang berangan...
Banyak pulak tu...
Pisang pisang ni diambil dari kebun kami,
Suami yang tanam.
Nak jual, tak rajin.
Selalunya bagi kawan kawan dan saudara mara je.

Untuk resepi kek pisang yang MY buat ni...
Sejujurnya..
MY cedok dari blog resipi Che Nom..
Hehehe...
Biazerrr...
Kita bukan blogger masak masak...
Mana nak tau resipi resipi ni semua...
Dalam majalah banyak sangat resipi kek pisang, tapi semua extraordinary punya resipi.
MY nak yang simple dan basic aje...

Resipi Kek Pisang 

Bahan-bahan:-

4 biji pisang berangan - dilecek
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula putih (MY kurangkan jadi suku cawan sebab MY ada diabetes mellitus)
1 cawan minyak jagung
4 biji telur
1/2 camca garam
Setengah penutup esen vanila
Ayak ** 1 1/2 cawan tepung gandum
Ayak ** 1 camca kecil baking soda
Ayak ** 1 camca kecil penuh membukit baking powder

Cara membuat kek pisang 

1. Mula mula sekali, ayak tepung + baking soda + baking powder dalam besen adunan kek 

2. Lepas tu, basuh telur dan lap kering. Pecahkan telur 1 biji dalam mangkuk kecil, kemudian masuk dalam blender.MY buat macam ni sebab kalaulah telur tu rosak, buang sebiji je... tak la membazir adunan atau telur yang lain.


3. Sebelum mula memukul telur, MY panaskan dulu oven Noxxa. Kalau korang ada oven Europa, gunakan Oven Europa korang.  Set suhu dalam 170 darjah celcius. 

4. Lepas tu, masukkan gula dalam blender. Yer, pukul pakai blender je. Malas nak keluarkan mixer. Dalam resepi Che Nom pun pakai blender juga.
Putar gula dan telur sehingga sedikit kembang.

5. Sambil telur dan gula berputar dalam blender, lecek pisang dalam mangkuk lain.

6. Bila gula dan telur tu dah kembang, masukkan esen vanila, pisang lecek dan minyak jagung. Kalau kat rumah takde minyak jagung, belasah je pakai minyak sawit atau cairkan marjerin mak yang dah setahun beku dalam peti ais tu.

7. sambungkan semula putaran blender sehingga sebati kesemua bahan bahan. Dalam 2 minit gitu la..

8. Tuangkan bahan yang telah diblend ke dalam mangkuk berisi tepung yang telah diayak

9. Kacau dengan cara kaup balik sehingga semua tepung rata dan tidak berketul ketul.

10. Masukkan dalam tin pembakar. Pemalas macam MY beli tin pakai buang aje, kalau kat rumah ada tin pembakar saiz 8 inci x 8 inci memang ngamlah. Kalau pakai tin pembakar tu, alas dulu pakai kertas minyak. Kalau pakai yang aluminium ni, takyah alas. Kek habis,lempar ke masuk tong sampah

11. Setkan suhu pembakaran 160 °C dan masa pembakaran pula setkan 45 minit.

resipi kek

resipi kek pisang

kek pisang

kek pisang

Alhamdulillah...
Menjadi cantik kek pisang MY kali ni.
Berkali kali suami MY memuji.
Katanya, lepas ni kalau tebang tandan pisang,
Boleh la buat lagi kek ni.
Bagi staf, bagi orang tu, bagi orang ni,bawa balik kampung.
Tak malu la nak bagi orang kalau macam ni hasilnya.
Rupa ada...rasa ada...
Perghh... masa ni..
MY dan kek pisang dah sama kembang dah rasanya kena puji
Kahkahkah... 




 

7 comments:

  1. Jadi helok kek nya MY... lagi bahagia bila suami puji kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...itulah rahsia untuk lebih rajin masak. Kalau tak puji, ampun tak masak dah lepas ni ...hihihi

      Delete
  2. sedapnya.bolehlah cuba buat nanti.tapi kan kalau kita nak ganti minyak jagung tu dengan minyak masak biasa boleh tak MY?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je...jangan pakai minyak lebih goreng ikan kering sudah

      Delete
  3. kalau ikut resepi che nom mesti menjadi. bila kena puji boleh try kek lain pula next time..hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kek pisang. Feveret ni. Tengok gambar pun dah tahu gebu dan sedap tu

    ReplyDelete
  5. Helok je kembang. Mesti sedap tu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad