Hari Sabtu kat Johor ni memang mana mana tempat pun ramai orang,
Dekat mall,
Dekat taman rekreasi,
Dekat panggung wayang,
Dekat pantai...
Sebabnya...
Hari Jumaat staf kerajaan cuti,
Hari Ahad staf bank dan swasta pula cuti,
Hari sabtu aje la ada masa untuk bawa anak keluar berjalan,makan makan, menonton wayang dan lain lain liburan.
Itupun, bermula dari waktu lunch hour sebab kebanyakan syarikat swasta kerja separuh hari pada Hari Sabtu.
Kami pun... menyibuk menyibuk juga keluar pada hari Sabtu...
Ambiklah sedikit jem yang tak boleh disapu pada roti...
Perjalanan pulang dari Angsana ke Pekan Nanas mengambil masa dua jam.
Enak ah.
Tapi takpe..
Anak anak seronok walaupun sekadar jalan jalan tengok orang, kereta dan lori.
Mula mula sampai Angsana,
Pergi tukar bateri jam tangan Moq dan Sarah dulu.
Satu lagi jam tangan lama Moq masuk air dan tak boleh repair lagi dah.
Lepas selesai urusan jam tangan,
Pergi kedai buku Badan Cemerlang.
beli beberapa buah buku latihan untuk abang dan Moq,
buku bacaan Aril, Ucid dan Sarah,
Buku mewarna Mirzan...
Lepas tu masing masing dah merengek lapar.
Mama Yan nak ajak pergi nasi Arab Zaituna tu..
Tapi masing masing dah buat lemah longlai tak daya melangkah dah...
halah halahhh..
Nyampah.
Terus la masuk Kenny Rogers Roasters yang ada depan mata aje
Oh ya..
zaman sekarang dah takde buku menu atas meja dah.
semua kena scan qr code untuk baca menu guna peranti masing masing.
Siapa takde smart phone kena makan kat medan selera bawah tu ye...hahaha
Dah la hari tu handphone MY habis bateri.
Masa di rumah dah cucuk charger untuk charge,
tapi rupanya tak buka suis.
kena pakai hp suami dan anak anak la.
Tapi order still waiter dia datang ambilkan order.
Tapi dah petang sikit,
menu pun dah banyak la out of stock & finished already.... hihihi
MY with my only girl.
Suka sangat dia ayah belanja buku baru.
Masih lagi mencuba menajamkan skill menggunakan camera Insta360 One X2
Kosong je sebab dah melepasi waktu makan tengahari.
Alhamdulillah.. masa menunggu makanan pun tak lama.
Kami ambil 1 set yang ni...
Gambar dari website aje. tak sempat ambik gambar..
anak-anak dah kelaparan..
side dishes ambil mashed potatoes dan Mac & cheese.
Lepas tu tambah juga nasi dan set di bawah ni
Ni je gambar makanan yang sempat diambil.
memang takleh jadi blogger makanan dan travel.
manjang tak sempat ambil gambar je...
Lupa lah..
tak sempat la..
kelam kabut la
...
Alhamdulillah...
Semua makanan habis licin tidak bersisa.
didik anak anak ni biar rasa tak cukup,
jangan sampai berlebih dan membazir.
Alhamdulillah tidak membazir.
ReplyDeleteMakanan KR memang sedap. Tinggal tulang sahaja tidak pandai gigit-gigit sampai lumat.
Kalau dua jam, dah boleh sampai Melaka tu, MY. Kita lama tak makan kat KR.
ReplyDeletehaha patutla angsana penuh orang hari sabtu hehehhehe
ReplyDeleteHahaha.. Part ambil gambar tu boleh relate.. Sebelum makanan sampai kemain semangat nak amik.. tapi lepas tu lupa.. hehehe..
ReplyDelete