Manjakan diri di Dewani Beauty & Salon, Pekan Nanas - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, July 14, 2022

Manjakan diri di Dewani Beauty & Salon, Pekan Nanas

Ni MY pergi masa sebelum bulan puasa ni..
dah habis raya haji dah,
Baru nak letak kat blog..
Ye..
Memang pemalas rasanya nak mengarang kadang kadang tu..
Lagipun,
bukannya entry review berbayar..
hahaha...
Saja saja aje up story buat banyakkan entry aje...

Mama Yan tanpa mekap...
Kening pun tak berapa nak ada...
Tak mengapa..
terima seadanya rupa paras sendiri.
Yang penting tiada cacat celanya..
Masih punya sepasang mata, sebatang hidung, sebaris gigi, mulut, kulit yang sihat..
Alhamdulillah atas semua kurniaan Ilahi ini


Ni kat ruang lobi dalam SPA Dewani ni..
SPA ni kecik aje...
cuma ada 1 katil untuk sesi urutan.
Jadi kalau nak buat urutan..
Kenalah buat temujanji terlebih dahulu.

Ni tempat urut..
ada lilin aromaterapi.
ada bunyi bunyi muzik gamelan juga.
Mama Yan buat urutan badan sahaja..
Masa ni harganya RM70 sahaja..

Lepas siap sesi urutan,
MY pergi cuci rambut dan buat scalp treatment.

MY suka datang sini sebab murah...hahaha..
Kalau kat JB,
dah main ratus ratus dah untuk sekali urutan.

Takde cerita panjang panjang sangat sebab dah lama sangat gambar ni tersadai dalam folder draft..
Sampai dah hilang idea dah nak tulis apa.

dewani spa

SPA ni dalam perkarangan masjid tau.
Kalau siapa siapa hantar bini tu,boleh la buat solat sunat dalam masjid tu sementara menunggu sebab lelaki tak dibenarkan masuk.
Ni alamatnya ya: 
No 8, Lot Perkarangan Masjid Pekan Nenas, Pekan Nanas, Johor, Malaysia








 

3 comments:

  1. Spa dalam perkarangan masjid…terbaik!
    Nanti akak bagitau kakak yang duk Pontian, kot dia nak memanjakan diri kat sini.

    ReplyDelete
  2. Wow.. Bestnya.. tak pernah buat rawatan kat SPA... Harganya tu boleh tahan murahhhh ek... Syok woo manjakan diri sendiri.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad