Dulu,
kami buat pondok ni untuk kami lepak bila datang kebun.
Datang meracun ke..
Datang membaja ke..
Ada la tempat kami nak berehat melepaskan kepenatan.
Takkan nak duduk atas rumput dan tengah panas tu.
Tong air besar hitam tu pula,
untuk tadah air hujan yang digunakan untuk isi tong racun,
untuk basuh tangan lepas makan,
Untuk minum kami beli air mineral...hehehe..
belum tegar nak minum air hujan..
Semasa PKP tu..
kan kami tak dapat merentas daerah untuk jengah kebun..
Cuma upahkan pakcik yang ada di Tangkak je tolong tengokkan..
Memang pakcik ada cakap ada orang selalu datang melepak di pondok tu..
Pakcik dah halau...
Tapi dia pergi sehari dua je..
Lepas tu datang semula ke situ.
masa hari raya puasa hari tu,
Semasa berkunjung ke rumah pakcik,
Pakcik minta kami robohkan pondok tu.
Susah nak kawal lagi dah.
Mula mula datang dan pergi sahaja...
lama lama...
terus menetap di situ.
Orangnya..
Mama Yan dah kaburkan.
Seorang wanita ya..
Dia tinggal bersama seorang lelaki.
bersekepondokan.
Makan.. minum.. mandi..
semua pakai air tong tu..
Entahla macam mana kehidupan mereka.
Rasanya...
kalau manusia normal,
Tak sanggup nak hidup macam ni.
Mungkin pengaruh najis dadah yang buat mereka jadi buta akal fikiran begini.
Bukanlah MY nak menghina,
tapi begitulah bila terjebak dengan najis dadah...
Rosak akal dan pertimbangan.
Suami MY dah buat laporan polis.
Harap harap adalah tindakan sewajarnya dari polis dan AADK.
Dalam keadaan negara sedang berlumba lumba membina bangunan pencakar langit,
Masih ada rakyat yang memilih untuk menjalani hidup di pondok usang tidak berdinding,
Sedihnya...
Baca ini juga Pondok kecil tepi Kebun Getah
dan
ini juga Pondok kecil tepi kebun getah Part 2
serta ini
Wahduhhh, bersepondokan pulakkk... Moga pihak bertanggungjawab cepat bertindak... Dahsyat betul nihh
ReplyDeleteIngat sekadar melepak lepak..rupanya terus menetap
Deletekadang memang kesian tapi kena juga tegas bila orang dah ceroboh gini. harap ada tindakan yg diambi lepas buat report..
ReplyDeleteKdang rasa kesian plak..tapi dah tanah MY kan..dan MY ada hak..lagipun elok report polis dan aadk..at least membanteras aktiviti mereka...tu laki bini ke duk sekali tu...aduhaiiiii
ReplyDeleteBuat laporan polis itu adalah tindakan yang tepat
ReplyDeletependatang asing ke orang kita tu MY? lebih baik MY robohkan jelah pondok tu, bukan nak kata tak kesian pada yang duduk tu tapi dari jadi tempat maksiat atau tempat tu jadi kotor sebab mesti buang sampah merata baik robohkan aje. Nanti MY dan suami nak tanam apa takut mereka yang tolong tuaikan dan buat tanah tu macam tanah sendiri je. Jangan bagi muka MY nanti kita jugak yang susah
ReplyDeleteOrang melayu kita... yg perempuan tu pernah kahwin dan ada anak. Anaknya dlm jagaan bekas suami
DeleteAllah..boleh pulak ye terus menetap kat situ...tanpa minta izin tuan tanah..
ReplyDeleteBila dah dikuasai najis dadah, payah..
ReplyDeleteHarapnya adalah tindakan dari pihak berkuasa..