Roti bun manis Noxxa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, July 13, 2022

Roti bun manis Noxxa

dah berapa mimggu dah tersadai dalam folder draft..
Tak siap siap mengarang..
Entahlah... hilang ayat dan kata kata kebelakangan ni...
kerajinan pun terbang menghilang juga sebenarnya.
ngih ngih ngih...

Saja saja je MY buat roti kat rumah guna breadmaker oven Noxxa ni..
Kalau lama sangat berehat,
Nanti susah dah nak request gadjet gadjet dapur..
Baik benda ada ni kita gunakan sebaiknya...

resepi roti ni MY ambil dari buku resepi yang disertakan sekali dengan pembelian oven ni.


ROTI BUN MANIS NOXXA


Bahan bahan:
200 ml air
Sebiji telur
60 ml minyak jagung atau mentega cair
1 camca garam
60 Gram gula perang
2 sudu besar susu tepung
200 gram tepung gandum
300 gram tepung high protein (tepung roti)
2-3 camca yis segera(mauripan)
1 camca kecil baking powder

Cara cara membuat roti ban manis

Mula mula,
Sukat dan masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun roti.
Ikut turutan bahan bahan ya...
mulakan dari cecair kemudian baru yang kering.
 nampak gambar bawah ni...
Yang bawah bawah tu semua cecair, air, telur, minyak..
Yang atas, tepung dan last sekali yis.


Pastu, 
Masukkan mangkuk pengadun ni dalam breadmaker tu dan pilih Program  DOUGH.

Selepas siap adun lebih kurang dalam 1 jam setengah,
keluarkan doh dari pengadun dan bahagikan kepada 16 bahagian sama besar la...

bulat bulat kan doh, masukkan dalam loyang yang kita suka ada.
Biarkan kembang lagi 1 jam atau doh jadi kembang berganda saiznya.


Pre heat oven dahulu pada suhu 175 - 180 darjah Celcius.
Oven Noxxa ni sensitif tau..
Wajib pre heat dahulu sebelum guna...
Kalau tak dia meragam nanti.
Bila dah dah ada bunyi beep tanda dah cukup panas,
baru masukkan roti dalam ketuhat dan mula membakar pada suhu yang sama selama 15 hingga 20 minit sahaja.  

Gila huduh la rounding roti gitu..
hahaha...
Tulah dia..
sejenis pemalas yang kuat berangan.
Nak masak itu, 
Nak masak ini,
Tapi hasilnya... asal boleh makan je...rupa out terus.
Kadang kadang tu..
Hasil pun..
tekak tak sudi nak telan...kahkahkah..

ni MY tabur gula sikit atas roti...
Hapah tak melekat pun..
Tula..
Tak belajar... terus nak belasah buat je.
ngih ngih ngih..
Orang sapu putih telur baru tabur gula,
Pastu masukkan oven semula kejap,
Tapikan.. Malas la nak buat kerja ulang ulang..
Ingatkan roti panas panas gula boleh melekat..
Tak boleh ye,,
Jangan buat kerja pandir ok...

Walaupun rupa luaran dia kampung kampung aje,
Memang sangat gebu dan sedap rotinya...
Ini bukan angkat bakul tau..
Ini fakta resepi...
Tolonglah buat dan gunakan kalau dah ada senjata ni kat rumah.

Tapi sebenarnya,
Beli je roti kat kedai lagi cepat dan murah...hahaha..
Bukannya kita orang Morocco pun, hari hari makan roti.
Cuma, kita ni orang pompuan,
Bosan buat kerja rutin yang sama hari-hari..
Sesekali nak buat kelainan juga..
nak buat roti lah...
kek marble jelita lah..
kuih muih la..
puding lah..
selain menurutkan hawa nafsu makan kita ni..
Kita juga mengharapkan pujian suami..
''Sedapnya mama masak''
''Rajinnya isteri abang masak..''
aaa gitchuuu
Bila up kat IG dan FB..
berduyun duyun pulak kawan komen..
''wahh..gebunya..''
''fuyyoo...rajinnya masak..''
Huishh..
kembang rasa...
Kalah kekembangan roti bun itu sendiri.
Kita ni manusia biasa..
selain suka makan nasi, kadang kadang, kita juga teringin nak makan puji.

Siapa nak beli oven breadmaker Noxxa ni..
boleh cari ejen Amway okay..
Mama Yan memang la ahli Amway..tapi untuk guna sendiri je.
Malas la nak jual jual..
nak rekrut orang lagi..
Daripada nanti menyusahkan downline..
Baik beli dan pakai sendiri je...
Adik ipar MY pun dah join Amway,
Tapi bukan bawah MY.
Nanti boleh la beli apa apa kat dia lak.
Tengah berangan angan nak beli food processor pulak ni..
Tapi ni angan angan je dulu kerana berangan itu percuma..
ngih ngih ngih



 



 

4 comments:

  1. hahaha kelakar lah baca perenggan pasal makan puji tu. Nasib kit atak berjiran kak yan, kalau tak hari2 saya order roti satu tray

    ReplyDelete
  2. Nampak gebu dan sedap.. hahhaha pujian suami tu penting ye

    ReplyDelete
  3. Hebat orang pandai buat roti ni tau

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad