masak lemak sayur meranti ni sama aje dengan cara masak lemak sayur sawi, kobis semua tu.
anak anak suka kuah santan.
Tapi sayurnya semua taknak makan.
Anak anak panggil kuah lemak ni sup putih.
RESEPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK PUTIH
Bahan-bahan:
1 ikat sayur meranti
sejemput ikan bilis - kisar
1 biji bawang sederhana besar - kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 kotak kecil santan
2 cawan air
2 sudu minyak masak
Garam
Cara memasaknya:
1. Ambil daun sayur meranti. Daun aje, batang tak payah
2. Basuh dan toskan.
3. Kisar bawang, bawang putih dan ikan bilis bersama.
4. Tumis bahan kisar dengan sedikit sahaja minyak.
5. Kemudian masukkan santan dan air. Masukkan garam juga. Timba santan sentiasa supaya tidak berketul ketul di atasnya.
7. Bila santan dah mendidih, masukkan daun meranti.
8. Rasa kuah...Kalau masin sangat tambah air panas. kalau tak rasa garam, tambah je garam
9. Sedia untuk dihidangkan.
Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak.
Kalau kat Pahang dulu,
Masak lemak kami tak ditumis,
Semua leboh dalam periuk.
tapi sekarang suami kata tumis dulu la.
padahal kalau balik Pahang,
laju je makan yang tak bertumis tu...hahaha
lepas masukkan santan, kena masukkan garam. Kemudian sentiasa timba dan tuang semula kuah tu dalam periuk. Kalau tak nanti santannnya pecah
Nilah sayur meranti.
OK dah siap... Alhamdulillah...
Dah siap dah sayur untuk makan malam.
Kalau lauk sayur masak lemak macam ni,
Paling sesuai digandingkan dengan ikan goreng dan sambal.
Sambal tu boleh la sambal belacan ke,
sambal hitam pahang ke, sambal tempoyak ke, sambal jawa ke, sambal tumis ke...
semua ngam sebab masak lemak kan tak pedas.
kalau ada sambal untuk buat pedas pedas menambah selera.
Tapi anak anak MY semua tak makan pedas..
Lantak makan nasi putih bersih gitu.
Sawi Masak Lemak Putih di sini : Sawi Masak Lemak Putih
Haahh laa. Lama tak makan sayur meranti. Sedap ni masak lemak. Makan dengan nasi panas. Ada ikan masin. Adududu.
ReplyDeleteAh, inilah masakan kampung yg boleh membocorkan periuk nasi, takyah ada asam pedas dah. Dulu2 selalu mak masakkan, dah kahwin ni jarang jumpalah sbb tak ada geng.
ReplyDeleteSuka sangat sayur nie.. gandingkan dengan sambal dan ikan goreng, memang bestlah..
ReplyDelete