Tahun ni Mama Yan dah berusia 41 tahun. setiap 3 bulan bertemujanji dengan pegawai perubatan di klinik kesihatan. Setiap kali bertemu,MY dan doktor cuma berbual ringan tentang amalan kesihatan seharian, kepentingan pengambilan ubat setiap hari tanpa gagal dan senaman ringan serta pemakanan. Dan MY sering kali diingatkan tentang bahayanya 6 jenis makanan di bawah ni dan diminta untuk menjauhkannya. MY tulis la kat sini supaya tak lupa nasihat doktor tentang kepentingan makanan yang perlu dijauhi ni.
1. Minuman berkarbonat
Minuman berkorbonat adalah minuman ringkas kegemaran ramai kerana ianya sejuk, manis, sedap dan lebih mudah didapati. Kebanyakan minuman jenis ini m,empunyai kandungan gula dan kafein yang tinggi. Elakkannya untuk menjadi rutin di usia 40-an kerana ia akan bertukar menjadi punca penyakit.
2. Kopi
Ramai suka melepak, berbincang, bertemu rakan lama, bertemu prospek di kedai kopi hipster. Tetapi berhati hati memilih kopi di sana. Tak usah pesan kopi yang penuh gula, creamer, penambah perisa lain dan double shot coffee juga. Ini bukan sahaja mengoyakkan poket tapi benar benar jalan pintas untuk memindah kaki ke syurga terlebih dahulu.
3. Produk berasaskan tepung putih
Segala makanan yang berasaskan tepung diperkaya adalah tidak berkhasiat. tepung putih adalah tepung yang telah dibleached dan kehilangan khasiatnya. Bukan itu sahaja, tepung juga tinggi karbohidrat yang akan ditukarkan kepada gula. Nah!..bayangkan menikmati seketul donat coklat bersama caramel mocha, semuanya jadi gula. Khasiat mana? ke laut...
4. Roti, kek dan biskut
Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Tak sihat sungguh. Nikmatilah kek pada hari hari tertentu seperti sambutan hari jadi atau ulang tahun sahaja.
5. Makanan paket segera
Makanan segera sememangnya mudah, ringkas dan cepat untuk dinikmati. Tapi kenalah selalu beringat bahawa makanan pek segera ini mengandungi kandungan garam, bahan perisa serta bahan pengawet yang tinggi. Masak dan 'frozen'kan makanan adalah cara yang lebih baik.
6. Makanan dalam tin
Sama juga seperti makanan paket segera. Elakkan makanan dalam tin juga. Makanan tinggi garam dan penambah perisa memekatkan darah lebih daripada tahap biasa. Darah tinggi sedia menanti.
Adehhh ... kesemua makanan yang ringkas dan sedap ni yang perlu dielakkan,... Aduhhh...kena ada semangat jihad yang tinggi untuk jaga kesihatan lebih lebih lagi orang macam Mama Yan ni. memang dah ada masalah kolestrol, darah tinggi dan kencing manis. memanglah berganda ganda keperluan menjaga amalan pemakanan.
Jadi.. harap harapnya... kita semua berjuanglah untuk kurangkan makanan yang tidak menyihatkan.
tapi uncle penagih kopi?!
ReplyDeletealaa.. kopi tu susah mama nak tinggalkan
ReplyDeleteIn sya Allah. Cuba.
ReplyDeleteAduh!! Kopi tu... Hurm!! Kena belajar kurangkan mulai sekarang nie..
ReplyDeleteBelum umur 40 an pun dah boleh start elak.. Kalau vam saya, try kurangkan.. nak elak terus.. macam... belum semampunya.... Haha..
ReplyDeleteMinuman berkarbonat tue x elok,amalkan
ReplyDelete