Masa bawa abang beli face mask kat farmasi ,
Mama Yan pun pilih juga untuk MY sekotak.
Pilih tak tengok harga okay,
main letak je atas kaunter..
Bila balik rumah..
baru tengok resit...
Tergezut Mama Yan...hahaha
Tapi dah beli...
Pakai aje laaa...
Mama Yan pilih warna pink Dew bukan sebab Nabila Razali ye..
Sebab MY memang suka warna ni.
Memang dah lama cari face mask yang head loop ni.
Face mask extension Mama Yan asyik hilang aje...
Lama lama malas dah nak beli atau nak buat.
Dah la warna dia memang cantik,
Ada pula corak bunga yang tidak keterlaluan.
Sweet sungguh.
Ni bahagian dalam face mask Himaya ni ya,
Ada alas span lembut pada bahagian dawai tu.
Memang selesa sangat.
Bila pakai, Memang terletak aje face mask tu.
Automatik rasa anggun berseri bila pakai...hahaha...
Bukan setakat anggun aje yang penting..
Face Mask Himaya ni menepati ciri ciri keselamatan tau sebab dia 4 ply surgical mask.
Walaupun dah di vaksin lengkap,
Tapi sebagai orang yang dilengkapi dengan pakej tinggi dan manis,
Mama Yan masih menggunakan pelitup muka apabila keluar rumah dan berurusan dengan orang lain di luar rumah.
Material face mask Himaya ni amat lembuat dan selesa.
MY pernah beli face mask yang rasa miang apabila di pakai sebab tak smooth di bahagian penjahit lah, dawai mencucuk batang hidung lah, kainnya agak kasar dan keras lah...haishh.. macam macam
Tali belakang juga memeri dengan baik...
Boleh tarik sampai maksima...
Tak putus..
Tak hauk...
Face Mask Himaya ni memang agak selesa...
Pakai lama lama pun takde masalah sebab Face mask jenis ni tak melekap di atas mulut dan hidung.
MY ni jenis berpeluh di atas bibir dan T zone,
Kalau pakai face mask yang biasa tu...
memang rimas sungguh.
Cuma.
Harganya... aduh mak aiii..
Tercekik..hahaha
RM44.90 untuk 20 keping.
Rasa berbaloi juga la dengan harga tu apabila selesa dan lebih yakin selamat digunakan.
Oh ya..
Ni bukan iklan sponsored..
Bukan iklan berbayar...
Ini review bagi memenuhkan entry dalam blog aje...hehehe
Cantikkk color nyer👆
ReplyDeletetengok harga tu patut lah dia kene selesa dan ada macam-macam ciri yang best sebab harga dia tuh perkkhhhh
ReplyDeleteCute warnanya.. harga memang terkedu sikit.. tapi kalau OK, alhamdulillah hati pun tak rasa terkilan.
ReplyDeleteBaca review MY ni, rasa macam nak beli juga.. hehehe..
ReplyDeleteuihs..harganya, leh tahan. tapi kalu selesa ..ok je
ReplyDelete