Program Bubur Lambuk Sekolah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, August 20, 2022

Program Bubur Lambuk Sekolah


Kelmarin, MY join program bubur lambuk di sekolah anak. Tapi, takde la MY nak mengayun bubur dalam periuk tu. Kenali lah potensi diri kan. Tak berdaya la MY nak godak bubur. Cikgu lelaki yang gagah perkasa kan ramai. Jadi Mama Yan jadi tukang ambil gambar dan video sekita hari kejadian aje la. Kemudian, Mama Yan tolong kemas kemas.. basuh besen, basuh itu, basuh ini, cuci sayur dan tukang packing bubur. 

Kerja kerja packing dijalankan dalam bengkel RBT.
dapat semangkuk bubur dan sekotak air.


Kat sekolah ni Kumpulan Sokongan Ibu Bapa atau KISB nya agak aktif. KSIB tu merupakan saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa, guru, murid dan sekolah. Melalui KISB. lebih banyak interaksi, perkongsian, dan program kemenjadian murid dapat dilaksanakan dengan berkesan. Hubungan antara sekolah dan ibu bapa juga lebih bermakna.

KSIB sekolah anak ni dibahagikan kepada 3 kumpulan sokongan ibu bapa dengan guru penasihatnya. Kelab akademik, kelab kesenian dan kelab sukan. Mama Yan pilih untuk berada dalam kelab akademik. Sebab arena sukan dan kesenian Mama Yan memang failed teruk. Jadi di bawah kelab akademik ni, aktiviti yang dijalankan, berkisar pada pembangunan akademik sekolah. Selepas musim PDPR, cikgu mengesan kelemahan yang sangat ketara bagi murid atahun 1 dan 2... Jadi cikgu buat kelas pemulihan dengan meminta sukarelawan dari kalangan kelab KSIB untuk bantu pantau ejaan anak anak. 

Lepas ni mungkin akan lebih banyak aktiviti yang dijalankan memandangkan dah tak banyak SOP SOP berkaitan kes COVID lagi dah. Harap harap dengan adanya program program seperti ini, dapat melegakan beban guru guru. Kami sebagai ibu bapa, bersama sama sedia menjadi rakan kongsi strategik bagi pembangunan akademik dan sahsiah anak anak


5 comments:

  1. Bagusnya usaha untuk tingkatkan penguasaan akademik anak-anak. Bukan murid sekolah rendah sahaja, murid sekolah menengah pun sama keadaannya setelah 2 tahun PDPR.

    ReplyDelete
  2. Aamiin. ibu bapa dan guru jadi kawan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Program yang dapat merapatkan ukhuwah guru2 dengan ibu bapa

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. program menarik.. Bagus juga ada usaha dari mak ayah dan guru untuk berkerjasama..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad