Tumis Cili dan Bawang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, August 21, 2022

Tumis Cili dan Bawang

Inilah lauk kami laki bini bila takde idea nak masak apa.
Lepas tu ceplok telur sorang sebiji.
Dahh...
Tapi takla menambah nasi dah sekarang.
Makan sikit aje pun... dah kenyang.
sorang makan sesenduk nasi je.
Tak penuh pinggan pun.
Kalau terlebih sikit makannya..
Mulalah masing masing semput la..se'eh la... senak la...
Dah kena sapu minyak angin.
Tulah dia kan..
Tanda tanda penuaan.
Dulu dulu..
tengah tengah malam boleh bangun masak megi padahal dah makan malam.
Kadang kadang keluar pergi kedai mamak makan roti canai.
Sekarang...
tak pernah buat dah.

Biasanya lauk macam ni bila anak anak taknak makan nasi malam sebab dah mengeteh petang.
Diorang dah kenyang minum petang jadi dah taknak makan malam lagi.
Mak ayahnya ni..
Tak boleh tak makan malam.
Kalau tak makan,
Perutnya pedih,
Terlebih makan pun tak boleh, tak makan pun tak boleh.


Resipi Tumis Cili dan Bawang


1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai cili hijau besar - hiris
10 tangkai cili hijau kecil - hiris
Segenggam ikan bilis
Minyak untuk menumis
sedikit kicap

Cara cara membuatnya:

1. Goreng ikan bilis sampai kekuningan dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak goreng ikan bilis tadi, lepas tu, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
3. Masukkan cili yang telah dihiris, masak sehingga cili dan bawang agak kering.
4. Masukkan kicap.
5. kacau kacau seketika.
6. Masukkan ikan bilis, gaul sebati.
7. Tutup api dan sedia untuk dimakan.

Mama Yan tak letak garam lagi dah sebab ikan bilis dan kicap dah masin dah. Kalau masin sangat, boleh terbaring lah Mama Yan lepas tu sebab sakit darah tinggi MY sangat sensitif dengan rasa masin. Makan setengah biji telur masin pun boleh menyebabkan MY sakit kepala dan tekanan darah meningkat.

 
Terlebih ikan bilis pulak..
Selalunya lebihkan bawang...hahaha...
Kadang kadang MY taruk tempe goreng...
Kadang kadang tak taruk kicap..
Ikut mood.
makan simple simple pun tetap bahagia bila kita selitkan rasa syukur pada rezeki yang dinikmati.
Alhamdulillah...

 

5 comments:

  1. Memang begitulah lumrahnya, makin berusia kena jaga makan. Terlebih tak boleh, tak makan kebulur pulak hahahahaa. Yang sedang-sedang saja beb, berhenti makan sebelum kenyang. Itu pesan nabi kita.

    ReplyDelete
  2. Lauk gini memang sedap Kak uiii.. lagi kalau pecah telur mata, perghhhhh

    ReplyDelete
  3. Lauk ringkas macam ini lebih sedap..

    ReplyDelete
  4. Kadang2 lauk simple macam ni,lagi menambat selera ..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad