1 . Oat
Oat kaya dengan serat. Jadi ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Setengah cawan oat memberikan karbohidrat sihat dan menaikkan kadar metabolisme. Tapi bukan oat 3 dalam 1 yang penuh gula dan susu tu ya...
2. Avokado
Asid Oleik iaitu sejenis sebatian sihat lemakk mono tak tepu yang terdapat dalam buah avokado boleh membantu tubuh menyingkirkan lemak perut. Buah ini juga kaya dengan kandungan serat dan protein.
3. Brokoli
Sayuran ini terkenal dengan kemampuannya mencegah kanser serta mampu membekalkan serat serta kalori dalam satu sajiannya. Sama ada dimasak atau dinikmati mentah, brokoli juga dikatakan mampu membantu mengatasi masalah berat badan. Ouchh...nak beli lah hujung minggu ni.
4. Beras Perang
Beras perang merupakan makanan yang mengenyangkan tetapi mengandungi kalori yang rendah. Bukan itu sahaja, beras perang juga mampu meningkatkanb metabolisme dan membakar lemak. Rasa yang kurang berkanji membuatkan kita kurang gemarkannya. Automatik takkan menambah hidangan nasi. Pilihan bijak untuk mereka yang ingin kurangkan berat badan.
5. Limau bali
Terdapat sebatian di dalam buah citrus inu yang menurunkan kadar insulin. Buah limau bali juga tinggi protein dan mengandungi kandungan air yang tinggi Makan limau bali sebelum makan hidangan berat akan membantu ada mengurangkan makan hidangan utama.
6. Kacang Merah
Kacang merah kaya dengan karbohidrat sihat, protein dan serat. kacang merah juga kaya dengan resistant starch - merujuk kepada kanji yang tidak mudah dihadam dalam usus kecil
7. Badam
Kacang badan merupakan salah satu dari superfood yang kaya dengan lemak sihat. Ia bemanfaat untuk melangsingkan badan dan menurunkan berat badan.
8. Teh hijau
Minum teh hijau boleh membantu memnuhi selera anda di samping menurunkan berat badan, Selain itu, kandungan antioksidan di dalamnya menggalakkan pembakaran lemak dan kalori.
9. Telur
Telur yang kaya denga protein boleh mengawal selera makan anda. Sarapan telur boleh menurunkan berat badan kerana mengandungi protein tapi memberikan anda rasa kenyang.
10. Coklat gelap (dark chocolate)
Coklat gelap memperlahankan proses pencernaan sehingga membuat rasa kenyang lebih lama. Coklat gelap mengandungi lemak mono tak tepu yang meningkatkan kadar metabolisma. Bagi yang kerap sembelit, pilihan superfood lain ok.
11. Kacang kuda
kacang ini mengandungi lebih dari dua gram resistant starch dalam setiap setengah sajiannya. kacang ini juga merupakan sumber karbohidrat, serat, protein dan lemak yang baik.
12. Buah oren
Buah oren kaya dengan vitamin C, serat dan tergolong dalam jenis makanan yang mengenyangkan. Hidangan yang sesuai untuk ibu selepas bersalin.
13. Barli
makanan berkanji merupakan hidangan kalori rendah yang baik untuk proses pelangsingan. Barli juga membekalkan serat, vitamin, mineral penting dan mengandungi resistant starch dalam setiap hidangannya. Pastikan anda mengamalkan bijirin barli ya, buka air kordial barli yang kaya dengan gula dan perisa sahaja.
Sumber : Mingguan Wanita, Bil 1537 Mei 2013
Telur masuk kategori super food rupanya
ReplyDeletesuka kacang kuda. Setiap bulan 2-3 kali rebus dan makan.. hehe..
ReplyDelete👍👍
ReplyDeletelately ni memang rebus kacang kuda..wat snack utk kunyah2..
ReplyDeleteSemua saya suka kecuali beras perang hehehe tah kenapa, tekak tak kena dengan beras perang.
ReplyDelete