Selain daripada pergi membuat rawatan wajah di SPA, kita juga perlu menjaga kulit muka dengan cara yang betul. Lebih lebih untuk orang yang kurang masa dan duit untuk ke SPA ni, Memang kita kena perhatikan betul betul tips di bawah ni untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat secara semulajadi. Ramai di antara kita yang melakukan kesalahan kesalahan dalam rutin harian tanpa sedar impaknya kepada kulit muka. Antara kesalahan yang patut dielakkan adalah:-
1. Tidak menjaga kebersihan perkakas solekan.
Span dan berus yang digunakan setiap hari boleh menjadi sarang pengumpulan bakteria jika tidak dijaga kebersihannya. Jika kita tidah mengendahkan tahap kebersihannya, lama kelamaan bakteria akan mula berpindah kepada kulit muka pula. Ini boleh menyebabkan kulit dihinggapi jerawat. Berus dan span hendaklah dibersihkan dua minggu sekali dengan menggunakan sabun yang lembut dan air suam. Kemudian, keringkan di tempat yang redup, berangin dan kering. Pastikan berus sudah benar benar kering sebelum disimpan.
2. Tak makan sayur
Buah dan sayur sangat penting untuk membekalkan mineral serta vitamin untuk tubuh berfungsi dengan sempurna. Selain itu, ia juga mampu menjadikan kulit awet lebih muda. Bukan sahaja kanak kanak yang takut dengan sayur, ada juga segelintir orang dewasa yang tidak sukakan sayur dan buah. Akibatnya, kulit menjadi kering, kusam dan tidak bermaya. Dari itu, Cubalah menambah sayur dan buah dalam setiap hidangan kita.
3. Pencuci muka tidak sesuai
Mahal bukan bermakna bagus. Malahan kita sering sahaja terpesona dengan iklan iklan yang menggunakan model yang telah tersedia dengan pakej cantik dan anggun. Ada juga yang sekadar mengikut produk yang digunakan rakan sedangkan jenis kulit dan masalah kulit yang dihadapi berbeza. Kesilapan memilih pencuci muka bukan sahaja tidak mendapat kesan yang optimum, tetapi boleh memberi kesan yang memudaratkan seperti jerawat, kulit menggelupas, terlalu kering atau terlalu berminyak.
4. Tidur dengan solekan
saat tidur adalah waktu tubuh badan kita berehat. Wajah hendaklah dibiarkan bebas dari sebarang kesan solekan. Sisa solekan yang tidak dibersihkan akan menyebabkan pori pori pada wajah tersumbat yang mana boleh menyebabkan kulit kusam, jerawat, iritasi pada bahagian mata dan tompokan sel mati menebal pada kulit. Oleh itu, cuci solekan dengan betul sebelum tidur.
5. Tidak cukup tidur
Ketika tidur, tubuh akan bekerja untuk memperbaiki sel sel yang rosak termasuk sel sel wajah. Jika kurang tidur, badan akan menjadi lemah, muka sembab, bawah mata bengkak serta lingkaran gelap sekitar mata akan muncul. Pastikan kita mendapat tidur yang cukup okey.
6. Kerap mandi air panas
Mandi air panas sememangnya menyegarkan. Tapi, tahukah kita sekiranya terlalu kerap mandi air panas akan menyebabkan kulit menjadi kering. Hadkan masa mandi kepada tempoh yang lebih singkat dan setkan suhu air yang tidak terlalu panas.
7. Melupakan pelembab
Pelembab merupakan sahabat baik kepada kulit. Bukan sahaja kulit wajah, tetapi seluruh badan. Jangan sesekali melupakan pelembab terutama sekali sebelum mengenakan bedak dan sebelum tidur. Sama ada kulit jenis kering atau berminyak atau kombinasi kedua duanya, semuanya memerlukan bantuan pelembab untuk kekal kelihatan sihat.
8. Minum air secukupnya
Badan kita memerlukan air sekurang kurangnya lapan gelas sehari. Jika kekurangan cukup air dalam badan, tubuh akan terdehidrasi. Kulit akan menjadi kering dan seterusnya kelihatan tidak bermaya. Bayangkan keadaan wajah kita dengan kulit bibir kering terkopek dan menggelupas. Pakai gincu bibir pun tidak rata walaupun memakai pelembab bibir. Oleh itu, pastikan kita minum air secukupnya.
Senang jew nak jaga jecantikan kulit ye MY.
ReplyDeletekalau ada duit banyak lagi senang kot..hahaha
Deletehaha saya no 5 dengan no 7
ReplyDeleteHobi Akak mandi plak Yan..
ReplyDeleteSemakin stress, semakin rajin mandi air panas. Haha.
Paling penting memang kena minum air banyak, Sis dah cuba , memang itu berkesan, kulit jadi lembab jerr..
ReplyDeletekena rajin..kannn...MA selalu malas nak pakai krim2 sebelum tido tu...kena mula balik ni
ReplyDeletePaling penting kena rajin
ReplyDeletekalau ada duit banyak lagi senang nak jaga kulit cantik
ReplyDelete