Asam pedas ni masakan yang paling jarang Mama Yan masak sebab tak reti.
Yelah.. kita kan asal dari Pahang..
Orang Pahang jarang sangat masak asam pedas ni..
Lagi satu...
Masa sekolah dah duduk asrama...
Pastu sambung duduk rumah sewa sendiri masa kat universiti..
manalah terror sangat memasak.
Mujurlah zaman sekarang dah ada google dan Youtube..
Boleh la belajar masak dah.
Masa mak mentua Mama Yan datang,
Peti ais dah kosong,
Tinggal udang aje sebungkus.
Mak mentua pula ada alahan,
Tak boleh makan udang..
Yihhh...
Bekejar la ke pasar dekat sungai Bakek Pontian tu.
Cari ikan.
Mak kata teringin nak ikan mayong.
Okay.. jom kita cari ikan mayong.
Suami MY belikan 4 ekor ikan mayong pulut.
Saiz sederhana.
Ikan mayong ni kalau dah besar diorang panggil ikan jahan.
Ikan mayong yang kecik kecik sikit takde.
Mak kata taknak yang besar besar,
liat.
Hehehe...
Mama Yan tak tahu sangat bab bab ikan ni.
Apa suami beli,
Mama Yan masak je.
Resepi Asam Pedas Ikan Mayong
1 ekor ikan mayong saiz sederhana
30 tangkai cili kering - kisar
2 biji bawang besar - kisar
setengah labu bawang putih - kisar
seketul kecil kunyit hidup - kisar
1 inci halia - kisar
Belacan (pilihan)
daun kesum untuk bau
2 tangkai bunga kantan
Beberapa batang kacang bendi
segenggam kecil asam jawa ditambah setengah cawan air
garam dan penambah perisa
minyak
Air secukupnya untuk kuah
Cara cara membuatnya:
Gaul ikan mayong yang telah dipotong dengan garam dan kunyit. Goreng seketika, Jangan sampai garing. Mama Yan masuk sekejap dalam air fryer je senang.
panaskan minyak secukupnya. Minyak kena lebih sikit sebab ada cili kering ni. Nanti susah nak garing. Kemudian, masukkan semua bahan kisar dan daun kesum. Tumis sehingga garing dan naik bau.
Mama Yan punya terlebih garing pulak tu. Hehehe...
Masukkan air dan didihkan.
kemudian masukkan garam dan gula serta penambah perisa yang disukai.
Masukkan juga bunga kantan dan kacang bendi.
Air jangan banyak banyak.
Nanti cair.
Letak untuk kuah ikan tu aje.
Selepas kacang bendi dah masak, masukkan ikan.
Tadikan MY dah goreng dulu ikannya.
Jadi masa untuk masak ikan dah tak lama sangat.
Ikan tu dah masak.
Kalau taknak goreng dulu pun takpe sebenarnya.
Tapi pesen orang Jawa Segamat ni,
kalau nak masak gulai ikan ke, masak lemak ikan ke, kari ikan ke,
Memang dioarang goreng dulu ikannya,
nak nak ikan yang lembut macam ikan mayong atau ikan patin.
Wajib goreng dulu bagi mereka.
Sunat la bagi Mama Yan goreng dulu.
Menantu kann.
Lepas dah masuk ikan dan bendi dah empuk,
Tuang air asam jawa.
Biarkan seketika,
Kemudian rasa lah.
Rasa lauk pauk, jangan rasa terus dari senduk,
Ambil mangkuk kecil, kemudian letak sedikit dalam mangkuk kecil tu untuk rasa.
Kalau masak untuk sorang, takpela nak jilat dari periuk sekalipun,
tapi bila kita masak untuk keluarga,
Kena la jaga adab sikit.
Nanti mak mentua jeling, ipar duai mengata pula...hahaha..
Selagi kacang bendi tak empuk,
Jangan masukkan air asam jawanya,
Nanti kacang bendi susah nak empuk bila kena asam jawa.
Tu mak Mama Yan la yang cakap.
Bukan bendi je..
Terpakai untuk semua jenis sayur dan lauk.
Jangan letak asam jawa awal awal,
Nanti susah nak empun.
Dia jadi 'kejun' katanya...
Dah siap...
Pilih mangkuk paling bergaya,
Yang tak retak dan tak sumbing,
Sendukkan lauk dalam mangkuk.
Kemudian..
Hidang.
Jangan lupa ambil gambar tau.
Nanti boleh upload kat IG. hahaha
oooo baru tahu pasal tips asam jawa tu..mekasih kakyan share!
ReplyDeletesama sama
DeleteNampak sedap tu . CCL belum pernah makan ikan mayung . Tapi pernah makan telur ikan mayung tu je .. Buat gulai
ReplyDeleteteringin nak makan telur ikan mayong tu, tapi takde peminat kat rumah ni...
DeleteTeringat telur ikan mayong di Pantai Remis!
ReplyDelete