Hari ni seharian berada di sekolah anak anak menghadiri hari terbuka dan bicara akademik.
Penat boleh tahan jugalah..
Mula mula kelas moq dulu,
Lepas tu kelas abang.
Kat kelas Moq, agak lama juga MY dalam tu berbicara tentang Moq,
MY akui akan kekurangan Moq,
Tapi dia ada juga ada kelebihannya.
Dari segi akademik Moq mungkin banyak kekurangan,
Tapi, sebagai anak,
Moq sangat patuh, jujur dan rajin.
Tak pernah merungut kalau kena mandikan adik,
Lap meja makan,
Menyapu atau buang sampah.
Kemudian pergi kelas budak dalam gambar atas ni,
Cikgu kata dia sangat kuat bercakap dalam kelas hingga mengganggu rakan lain.
Adoii...
Cikgu kata dia takde masalah akademik,
Tapi tak elok sebab rakan lain terganggu.
Haishh.. macam macam korang ya
Tunggu ayah jemput la sebab hujan lebat yang amat sangat.
Mula mula plan ayah pergi satu kelas,
Mamanya satu kelas,
Tapi pagi tu hujan lebat yang amat sangat,
Sampai takde parking,
Berpayung pun basah.
Jadi ayah drop kami je.
Pukul 10 pergi sekolah rendah pula.
Tapi ayahnya dah pergi kerja.
Hujan masih lebat.
Mula mula kepas Aril.
Tapi jumpa sekali jalan je,
Cikgu bagi secara statistik aje.
Kalau nak detail boleh jumpa kemudian.
Lepas selesai perjumpaan lepas Aril,
Terus Aril bawak ke kelas adik kembarnya
Ni kat kelas Ucid,
Kelas Ucid adalah dalam 3 orang je sebelum giliran MY.
Cikgu kata Ucid ni pandai,
Tapi kuat menjawab dan bagi alasan.
Boleh jawab soalan,
Tapi malas buat kerja.
Buat separuh lepas tu main.
Berborak tak berhenti henti.
Kelas anak dara sorang ni,
Mama Yan lupa nak ambil gambar masak sekolah pagi.
Kelas dia paling ramai parents beratur.
Sampai kreng lutut MY beratur kat koridor luar kelas tu.
Lama pulak tu setiap satu perjumpaan.
Dah la kaki seluar MY tu basah kena hujan,
Sejuk kaki.
Semua perjumpaan untuk sesi sekolah kebangsaan habis jam 12.
Terus laju laju jemput adik Mijan.
Pukul 2 sambung ambil result sekolah agama pula.
Tapi,
MY ambil result Ucid je.
Kelas Sarah, selepas 45 minit menunggu,
Masih belum sampai giliran MY,
Sebab MY bawa Mijan sekali petang tu,
Dia dah start bosan dan dah mula kacau orang,
Akhirnya,
MY balik je.
Malas nak buang masa.
Kepala pun dah mula sakit.
Makin sakit,
Bila mula mula tu,
Ada orang nak pinjam duit.
MY kata okay.
Jimpa di sekolah agama pukul 2.30 gitu.
Dia kata lepas dia hantar anak dia sekolah agama,
Dia datang sekolah agama tempat MY.
Jam 2.30 MY pun tunggu la dia depan sekolah tu,
Takde pun.
Sekali call dia boleh kata dia lupa.
Adoi...dia yang nak meminjam,
Kita yang kena mencari dia.
Buat orang tertunggu tunggu.
Tak senonoh betul.
MY mula geram.
Silakan duduk dalam senarai "blocked contact".
Malas la nak cara.
Life is simple.
Orang hormat kita,
Kita hormat orang.
Orang tak hormat kita,
Bye bye ajelah.
Kalau boleh elak, MY akan elak untuk berurusan lagi.
Okay...
Malam ni kita tidur kasi Salonpas kat betis.
Lenguh woiii...
dapat bayangkan kepenatannya sehari tu MY oi.... gitu lah anak-anak kan memacam kerenahnya , bak orang tua kata lebih di situ kurang di sana, apa pun mereka tetaplah anak2 yg terbaik
ReplyDeleteEh, cantik pulak botol air dia!
ReplyDeleteBaca pun terasa penatnya Yan ke hulu ke hilir dengan menunggunya lagi. Semuanya jadi memori.
ReplyDeleteBab cerita meminjam tu, memang sangat tak sopan itu orang. Eloklah dia tunjuk belang sekarang, senang kita nak tapis. Hehe
Rehat cukup cukup MY^^
ReplyDeletePH hari tu sorang anak je pun dah penat...penat beratur...Inikan pula MY mesti lagi penatkan...
ReplyDeletesemangattt., ;p
ReplyDeleteOrang yang kuat bercakap ini elok juga jadi penceramah....hehehhe...mana tahu boleh banyak memberi manfaat kepada ramai orang
ReplyDeletehari amik reportcard ni la masa dedua sekolah rendah lagi mmg lunyai. alhamdulillah sekarang abg long dh kat asrama. just review result pbd yg guru kelas beri.nk pegi. masyarakat..jauhlah amat. mudahan hingga akhir tahun ank2 puan berprestasi lebih cemerlang . insyaa Allah
ReplyDeleteMakk aii..seharian tu kak. Pagi petang. Mahu tak penatnya. Lepas sorang, sorang..bersambung pulak petang. Yang penatnya tu bab menunggu lah kan. lagi lagi berdiri. Sabar je lah. Semoga anak anak semua belajar rajin rajin dan cemerlang.
ReplyDelete