Kucing bukan najis - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, September 18, 2022

Kucing bukan najis

Benarkah jika terdapat lebih tujuh helai bulu kucing melekat di baju, maka pakaian itu tidak boleh dibawa solat kerana bulu bulu tersebut akan menyebabkan solat tidak sah. Benarkah?



Kucing termasuk binatang peliharaan yang bukan najis. Jika ia tidak najis maka bulunya juga tidak najis. Riwayat pernah menceritakan di mana seorang wanita membawa makanan kepada Saidatina A'isyah r.a. dan mendapati beliau sedang bersolat. Lalu A'isyah r.a mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan makanan tersebut di bawah. 

Kemudian datang seekor kucing dan memakan sedikit makanan tersebut. Apabila Ai'syah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah dimakan oleh kucing tersebut dan berkata : Rasulullah saw bersabda :"Kucing bukanlah najis, malah dia adalah di antara mereka yang biasanya berada di keliling kamu." Aku melihat Rasulullah s.a.w, melakukan wudhu dengan air yang telah diminum oleh kucing. 

Diriwayatkan juga dari Kabshah binti Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepanya agar dia dapat melakukan wudhu. Kemudian, datang seekor kucing dan meminum air tersebut, lalu isterinya segera menarik takungan tersebut. Kabshah berkata : " Dia melihatku memandang kepadanya dan dia berkata : Adakah anda mendapatinya pelik, ya anak perempuan saudaraku? : Aku berkata " Ya".

Abu Qatadah berkata : Rasulullah saw bersabda : " Sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah di kalangan mereka yang biasanya berada di keliling kamu   (al-tawwaafeena 'alaikum). Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudaratkan jika ia terjatuh ke dalam makanan dan minuman, akan tetapi seseorang itu boleh meninggalkannya sebab menjaga kesihatan."

2 comments:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad