Ni rahsia yang bukan rahsia yang MY jumpa dalam majalah wanita lama ye... bukan MY punya tips. Kita masih dalam mood pengantin lagi, belum layak nak bagi petua atau nasihat rumahtangga. Alang alang tengah hot sangat dengan bini muda yang lebih manja ni, ada baiknya juga kita refresh semula mood pengantin kita. Biar manja sampai tua.
1. Murah dengan pujian.
Apa sahaja yang dilakukan suami jangan banyak beri kritikan, sebaiknya beri pujian. Tidak salah memberi kata Kata pujian dan perangsang kepada suami. Paling penting jangan jatuhkan air muka suami di hadapan anak anak dan kaum keluarga
Baik kan suami saya, rajin layan anak anak, penyanyang, baik hati, sweet, (contoh ayat puji suami) |
2. Sentiasa bermaafan.
Jika belum, mulakanlah tabiat saling bermaafan dari sekarang. Memendam rasa marah dan tidak puas hati akan menjadi barah dalam satu satu perhubungan. Ucap sahaja kata maaf kepada suami dan maafkan kesalahan suami pada hari itu.
3. Hormat sempadan peribadi suami
Berikan suami sedikit hak peribadi dan hormatinya. Dalam erti kata lain, tahu batas batas sebagai isteri. Mungkin kita tak suka suami berahsia, tetapi tidak perlu mendesak suami untuk bercerita tentang semua perkara. Kadang kadang suami tidak mahu menyusahkan atau membebankan isteri.
4. Sentiasa bermuhasabah
Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula hubungan suami isteri yang berasal dari dua keluarga yang berbeza. Jika ada perselisihan faham, cepat cepat rungkaikan supaya tidak berlarutan. Berbincang dan elak menyalahkan suami sahaja walaupun perempuan selalu betul.
5. Hormati keluarganya
Tunjukkan rasa hormat dan kasih sayang kita kepada orang orang kesayangan suami. Walaupun adakalanya kita berkecil hati, tetapi berusahalah memaniskan roman wajah. Jangan sesekali mengumpat keluarganya lebih lebih lagi di hadapan tuan punya badan sendiri.
6. Anggap suami hero
Walaupun kita boleh mengangkat tong gas dengan hanya sebelah tangan, tetapi tunjukkan sikap ingin dimanjai dengan meminta suami menukarkan tong gas apabila gas habis. Walaupun kita mampu beli KFC hari hari, tapi beri tugas beli beras kepada suami dan jangan sesekali cuba mengangkat sendiri guni beras. Biar suami faham simbolik kepada membeli beras adalah nafkah makanan.
Contoh wanita yang kuat tapi masih mengherokan suaminya |
7. Temankan suami makan
Lelaki, walaupun gagah, jiwa mereka mudah berasa sunyi. Walaupun kita sedang mengamalkan diet, temankan suami di meja makan walaupun sekadar berbual, minum minuman protein atau mencubit lauk dari pinggan suami.
8. Menjaga tutur kata
Walau bagaimana marah sekali pun, tetaplah menjaga nada suara agar tidak lebih tinggi dari suami. Mencarut, memaki atau berkata kesat, jangan sekali kali dilakukan.
9. Sentiasa manja & sweet
Walaupun hanya sms atau whatsapp untuk kirim beli garam dan gula... jangan lupa sertakan emoji emoji comel atau selfie dengan gesture love love kepada suami. Boleh juga bagi pick up line mengikut perkembangan semasa.
10. Nakal di bilik tidoq
Yang ni malas lah nak salin. Pandai pandai lah kan... dah ke lain pulak hala tuju blog ni karang. Lepas tu mula merepek meraban punya iklan running.
good morning Mama Yan.. semua betul tu...tips2 nya....utk keharmonian bersama
ReplyDeletepenting untuk kita bekerjasama menjaga kehormanian keluarga
DeleteKak Mirror setuju sangat dgn tip2 ni. Alhamdulillah dah tahun ke 25 and still counting. Moga till Jannah. Aamiin YRA.
ReplyDeletewow..dah 25 tahun, tahniah kak mirror
DeleteSemoga kita terus menjadi dambaan...
ReplyDeleteTips yang boleh digunapakai.
ReplyDeleteKelakar la yang tagline dah viral tu tak lawa takpe janji manja muahahhaaaa...
Semoga terus bermanja manjaa sesama suami isteri.. Semoga akak kekal bahagia dengan cik abg ye .. hehee
ReplyDeleteHero tu macam superman atau spiderman ke?
ReplyDelete