Ni petua petua yang MY jumpa dalam majalah majalah lama kat rumah ni. Tapi rasanya, petua hanya untuk orang yang rajin sahaja. Yang malas, dia beli aje kat Watson.
Mengilatkan kuku
Ambil beberapa biji belimbing buluh. Kemudian, belah memanjang. Gosokkan bahagian dalam belimbing pada kuku. Jikan diamalkan selalu, InsyaAllah kuku akan kelihatan bersih dan berkilat.
Petua ni MY tengok kakak MY guna masa MY kecil kecil dulu. Masa tu kat rumah ada banyak pokok belimbing buluh ni. Guna buah yang dah jatuh ke tanah aje. Tak membazir dan buahnya dah lembik lebih senang digunakan.
Masalah kelumumur
Ambil secekak daun kesum kemudian lumurkan pada kulit kepala yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Cara ini dapat mengatasi masalah kelumumur jika selalu diamalkan.
Tak pernah dengar lagi petua ni sebenarnya, bimbang asyik lapar aje nanti dok terbayang laksa dan asam pedas
Cantikkan kaki
Bagi mendapatkan betis dan kaki yang cantik, boleh gunakan minyak zaitun. Sapukannya pada kaki sebanyak dua kali sehari. Selapas itu, biarkan selama setengah jam sebelum dibersihkan. Kemudian, skrub pula bahagian kaki menggunakan hampas kelapa sekurang kurangnya selama 10 minit. Hasil kulit kaki akan lebih cantik, halus serta kelihan lembab.
Okay, nanti lepas masak gulai lemak MY akan simpan hampasnya untuk buat skrub.
Kempiskan perut
Ambil sikit asam jawa dan bancuh dengan segelas air masak, Biarkan semalaman. Esoknya, minum air bancuhan air asam jawa ini dengan mengasingkan dahulu bahagian bijinya. Amalkan selalu dan lihatnya hasilnya nanti.
Orait, nantila beli asam jawa extra adabi, takde biji, senang.
Hilangkan kesan Kesan hitam bawah mata
Ambil sebiji lemon dan perahkan jusnya ke dalam bekas. Celup kapas muka ke dalam jus lemon tersebut dan dap dap ke kawasan sekitar bawah mata. Seeloknya amalkan dua kali sehari untuk hasil yang memuaskan.
Biar betul ni? Lemon tu berasid kan? tak berani jangan cuba cuba ok.
Masker hilangkan tekanan pada wajah
Stress akan memberikan kesan pada wajah. Gunakan timun sebagai masker untuk hilangkan kesan stress pada wajah. Kisar setengah biji timun untuk dapatkan patinya. Gaulkan pati timun bersama tiga sudu yogurt. Sapukan pada wajah dan biar selama 45 minit hingga sejam. Kemudian bilas dengan air bersih.
Nampak menarik petua ni, tapi masker Mary Kay dan Infinence ada lagi yang tak pakai, rajin pulak nak blender timun.
Bibir merah bak delima merekah
Tumbuk halia hingga lumat dan ambil jusnya. Campur dengan sebiji telur ayam kampung. Minum campuran ini setiap pagi. Kesannya bibir yang pucat akan lebih kemerahan. Selain itu, sapukan bibir dengan madu atau mentega untuk mendapatkan bibir yang lembab dan kemerahan secara alami.
Sapu lipstik pun malas masalahnya ni
Melebatkan kening
Bakar buah keras dengan api kecil sehingga keluar minyak. Oleskan minyak dari buah keras itu ke bahagian kening. Buat setiap hari, dua kali.
Kalau nak senang, pakai celak aje. hahaha
wahh, thanks for sharing good info. Btw VM follow sini yaaa
ReplyDeletehttps://vanillamaple.blogspot.com/
ada masa ammi masih buat petua ni... macam nak hilangkan kelemumur. tapi ammi taklah letak daun kesum...tenyeh ngan limau nipis je.
ReplyDeleteWah nak kempiskan perut. Sebabnya asyik makan je sekarang ni. Hehe
ReplyDeleteDulu-dulu rajin juga buat petua2 bahan alami ni sbb sumber Alam byk di kg ..antaranya guna akar sintok utk atasi masalah kelumumur, lidah buaya utk licinkan kulit dsbnya...
ReplyDeleteKihkih…memang kena rajin ni Yan.
ReplyDeleteMY, jom kita siat kulit kaki kita. Nanti nampak cantik macam kaki ayam tu kot kihkihkihhhhh!
ReplyDeleteOrang sekarang dah tak main petua2 begini
ReplyDelete