Selamat hari lahir kembar - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, September 24, 2022

Selamat hari lahir kembar

Kelmarin genap lapan tahun umur anak kembar MY.
Kelahiran mereka lapan tahun lalu mengejutkan seluruh keluarga kami.
Dalam adik beradik MY dan suami,
Inilah kelahiran kembar yang pertama. Teruja sungguh atok, nenek, serta pakcik makciknya.


Kami sambut secara ala kadar je..
Beli sebiji kek dari Baker's Cottage dan KFC untuk gembirakan anak anak.
Petangnya tu dah bawa pergi ke kedai 2CO untuk pilih mainan sempena birthday.
Tapi yang bongsu tu yang lebih memilih.
 
Ni seminggu sebelum birthday diorang.
Kami bawa anak anak pergi makan di McDonalds UTM.
Kebetulan meja yang kami duduk tu ada belon belon birthday..
Mamanya pun snap gambar untuk digunakan pada hari jadinya...hahaha...

Susah betul nak senyum sekarang kalau nak ambil gambar...
Masa baby dulu senyum bukan main lebar lagi


Nasib la jadi kembar kan...
Kek hari lahir kena kongsi,


Gambar tak lawa sebab MY capture dari video je.
Video pula bukan untuk tontonan umum.

Rewind gambar gambar lama je lah... 
sekarang diorang tak suka sangat bergambar.


Ni masa baru lahir,
Masih dalam ward lagi.
Mula mula nurse letak sorang satu baby cot,
Tapi dua dua menangis tak berhenti.
Datang misi yang lain,
Kembar baru lahir letak je dalam satu cot,
Biar je diorang berdua berhimpit dalam tu,
Dia dah biasa berdua masa dalam perut,
Bila kena duduk sorang sorang,
Dia rasa janggal,
Tu yang menangis aje tu.

Dah dapat berhimpit dengan kembar dia,
Barulah boleh tidur dengan tenang.

Ni kalau tak silap lepas seminggu lahir.
tengah cek kuning.

Ni dah besar sikit dah.
umur dua tahun.
Raya haji kalau tak silap masa ni.


Ni gambar untuk daftar masuk tadika.
Cari baju yang ada kolar untuk Ucid,
Semua baju yang ada tak muat.
Terpaksa la pakai sarung je kemeja kolar yang ada.
Dah la rupa macam samseng kampung dusun.

Semoga mereka berdua menjadi anak yang soleh dan solehah nanti.
Aminn..wassalam



7 comments:

  1. Allahuakbar...baru tahu kembar rupanya dua ketul ni...bestnyaa kembar sepasang gitu!! Happy Birthday Kembar!

    ReplyDelete
  2. Wah jarang org dapat baby kembar sepasang camni hehehe.. Hepi beaday kembar MY

    ReplyDelete
  3. Kembar sepasang. Ada panggil kembar pengntin. MasyaAllah. Walau takada gen kembar.. kalau dah rezeki.. Allah tetap beri. Selamat ulangtahun kelahiran twin...

    ReplyDelete
  4. Sehati sejiwa. Happy birthday kembar :)

    ReplyDelete
  5. Happy birthday kembar. Seronoknya dapat kembar lain jantina. Sekali dapat sepasang. Semoga ada rezeki dapat kembar sepasang. Aamiin...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad