Tudung bawal Sue & Sha - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, September 16, 2022

Tudung bawal Sue & Sha

MY beli lagi tudung bawal dari kawan serumah zaman student dulu.
Dia design dan pre order tudung tu semua. Jual di IG 'Sue & Sha'.
MY tukang beli aje. Selain dari memuaskan nafsu membeli MY ni, 
dapat juga memberi sokongan kepada kawan MY tu.
Kali ni MY beli 3 helai aje yang bidang 50".
Suami MY pun nampaknya memberi galakan, 
Daripada beli tudung mahal mahal di butik A (bukan nama sebenar) tu, 
Lepas tu susah nak jaga, susah nak gosok, susah nak on point,..
Baik beli tudung bawal ni kawan MY ni.
Harga mampu beli, cantik, senang nak pakai, sentiasa on point..

Petang tu tudung sampai, 
malamnya terus test tudung baru. 
Tapi tak gosok elok - elok la. 
Test gitu - gitu je.



 
Esoknya terus pakai tudung baru pergi JPO.
Temankan suami ajer. MY takde apa apa pan nak di
cari di JPO tu.
Suami nak beli kasut kerja. 
Suruh juga suami beli baju kerja.
Baju dah banyak yang sendat.
Tudung ni, walaupun kita pakai cermin mata,
Takdelah berpetak sangat jadi tudungnya.
Lepas tu, bila buka spek,
Tudung masih elok terletak okay.
Tidak kemek, tidak kembang, tidak gelembung, tidak jadi kelim karipap, atau berpilas.

Ok.. next batch MY nak belikan pembaca blogger lah..
Kita buat Giveaway ..
Amacam? Setuju?


2 comments:

  1. Dah jadi model tudung pula ya Yan…hehe
    Akak berkenan design yang pertama tu.

    Akak pun baru nyoping tudung bawal bidang 50 jugak, semalam sampai. Cepat-cepat basuh, arini nak pakai. Semangat gitu..haha

    ReplyDelete
  2. Best pulak pakai tudung begini kan. Tak adalah asyik nak betulkan sebab senget benget hehehee.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad