Zero Treadmill dan Exercise bike - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, September 9, 2022

Zero Treadmill dan Exercise bike

Masa bawa mentua pergi Angsana hari tu,
Sementara mentua MY borak dengan cucunya,
Suami MY sempat membeli menda alah ni ha..
Hahahadoi..
Beria dia belikan treadmill & bike ni untuk bininya bersenam.
Kedai jual alat senaman ni kat Level 1, Angsana Mall Johor bahru.
Sebelah kedai Subway kalau tak silap

Treadmill Ecrun ni harganya RM890.
Mungkin tak sehebat mesin mesin lain yang ada di pasaranlah.
Saiznya agak kecil sedikit.
Tapi untuk kegunaan ringan di rumah rasanya okay sangat dah ni.
Ez-Ride Bike tu pula harganya RM489
Dan kedua duanya ada ada setahunlah warranty.
Ada dapat satu handheld massager dan bola besar juga,
tapi tu nantilah kita cerita.
Malas pulak nak menaip panjang panjang.
takut berpetak pulak jari


Boleh la track jarak larian, speed, calories, heartbeat dan masa larian.
Tapi MY tak lari pun..
Jalan aje
Seram nak lari sebab macam tak berapa kukuh dengan keadaan berat badan Mama Yan ni ...hahaha
Jalan laju laju setengah jam pun dah berpeluh macam mandi hujan.


Ni semua model model tak berbayar ya.
beria la konon..
5 minit tak sampai dah malas.
Mama Yan segan nak ambik gambar sendiri...
Nasib baiklah kat rumah ni ramai model.


Yang kecik ni suka berlari atas ni..
Tapi mak aih..
menakutkan orang je kadang tu.
Tengah laju laju berlari tu tiba tiba dia boleh lompat ke bawah...
pastu lompat balik sambung lari..
Adoii...
Ngeri tengok budak kecik ni main.
Ganas.

Rasa comel sangat la tu.
kaki pun tak sampai.
Tempat duduk dan handle dia boleh laras,
Tapi basikal yang kami beli ni takde gear untuk weight mengayuh tu.
Ringan aje kayuhannya.
jadi,
Memang agak lambatlah nak berpeluh.
Setakat setengah jam tu,
masih cool.
buntut aje yang kebas.

Dah dibelikan ni...
Mahu tak mahu..
Nampaknya kena jugalah Mama yan bersenam tiap hari.
Ini semua adalaha kerana keputusan paras Hba1C Mama Yan amatlah tidak memuaskan.
Kolestrol juga semakin meningkat naik.
Nak buat macam mana entah.
Susah nak diet eat clean ni.
Gula tak boleh, garam tak boleh,
nasi tak boleh, tepung tak boleh,
Takkan hari hari makan sawi?
Tapi untuk keluarga kita masak yang sedap sedap..
Takkan tukang masak tengok aje kan...
Harus la tap tap tap...menitik air liyo ences..
sudahnya senduk jugak... makan aje lah.

Suami MY berpendapat.. Takpe je makan..asalkan jaga kuantiti dan lepas tu bersenam.
MY pulak berpendapat... orang berpenyakit memang kena jaga makan secara total. 
Haishh..
yang belum ada penyakit,.
jagalah kesihatan ye.
Sekali sakit...susah..
ada ubat, tapi bukan untuk baik, untuk kawal sahaja.
Yihhh... bersenam jom!

 

6 comments:

  1. isteri abe kie ada beli tradmill di lazada thn lps. ada la guna sekejap. pas tu berabuk dah...agaknya patut dijual di mudah.

    ReplyDelete
  2. bestnya kak!! ayuhh bersenam! takde alasan dah!

    ReplyDelete
  3. Wow best ada treadmill, tak yah tengok cuaca bila berjogging..

    ReplyDelete
  4. Bestnya . Memasing lepas ni boleh workout kat rumah je

    ReplyDelete
  5. Aini pun ada treadmill lama dh x guna.. kene buka balik ni.. dah duk berhabuk dlm bilik tu..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad