Ramai yang mengetahui bahawa mempunyai paras kolesterol yang melebihi paras normal adalah merbahaya.
Kolesterol secara amnya adalah bahan berlemak di dalam badan.
la diperlukan oleh badan kita untuk jalani sistem tubuh badan kita.
Kebanyakan kolesterol dibentuk oleh organ hati kita sendiri.
Sebahagian lagi terhasil daripada makanan yang kita makan.
Kolesterol diperlukan untuk menghasilkan hormon
dan vitamin D sel- sel di dalam badan.
la bergerak di dalam salur darah menggunakan protein sebagai agen pengangkutan.
Gabungan kolesterol dan protein ini dipanggil lipoprotein.
Terdapat tiga jenis lipoprotein yang memberi kesan kepada badan terutamanya salur darah iaitu lipoprotein berjisim berat - HDL, lipoprotein berjisim rendah - LDL dan lipoprotein berjisim sangat rendah VLDL.
Sejenis lemak iaitu triglyceride- TG yang dihasilkan oleh badan juga diangkut sebagai VLDL.
Kolesterol boleh terbahagi kepada kolesterol yang baik dan yang tidak baik.
Kolesterol baik seperti HDL berfungsi untuk menjaga dinding salur darah supaya lebih kuat dan mengelakkan masalah penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok terjadi.
la juga digelar kolesterol baik kerana menghantar kembali lemak badan ke hati untuk disimpan.
la juga boleh mengelakkan daripada kolesterol bahaya melekap di dinding salur darah seterusnya menyebabkan salur darah rosak dan tidak sihat.
Manakala kolesterol bahaya iaitu LDL, VLDL dan TG meninggikan risiko seseorang
terhadap banyak penyakit kardiovaskular dan juga mempengaruhi kekebalan insulin yang mengakibatkan penyakit diabetes melitus atau kencing manis.
Kolesterol bahaya akan bergabung dengan lemak, kalsium dan bahan-bahan lain dalam badan membentuk plak yang akan melekap di dalam dinding salur darah yang seterusnya menyebabkan penyempitan salur darah
Secara perubatan keadaan ini digelar atherosclerosis.
Plak ini yang kebanyakannya terdiri daripada gabungan kolesterol berjisim rendah,
ia adalah tidak stabil dan senang untuk bergerak lalu menyumbatkan salur darah di lain-lain tempat.
Proses ini adalah punca berlakunya serangan jantung dan strok yang tiba-tiba.
MENGAPA PARAS KOLESTEROL TINGGI?
Faktor- faktor yang meningkatkan paras kolesterol melebihi normal adalah seperti;
* Makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans akan meningkatkan paras LDL, sementara makanan yang mengandungi lebih karbohidrat akan meninggikan paras TG dalam badan.
* Paras kolesterol yang tinggi boleh terjadi sekiranya keluarga yang terdekat juga mengalami masalah yang sama
* Paras TG adalah lebih tinggi dalam kalangan orang yang gemuk
* Kurangnya aktiviti fizikal.
* Peningkatan umur
* Penyakit diabetes.
* Merokok.
* Peminum alkohol mempunyai paras TG yang lebih tinggi
* pengambilan makanan tinggi gula
BAGAIMANA PARAS KOLESTEROL YANG TINGGI BOLEH DITURUNKAN?
Paras kolesterol boleh menjadi normal sekiranya puan dapat mempraktikkan cara
hidup yang lebih sihat seperti: -
● Mengurangkan pengambilan daging merah dan telur. Ambil makanan tinggi serat.
● Mengurangkan pengambilan gula
● Pengambilan ikan seperti ikan selar, kerisi, atau beberapa ikan laut dalam seperti salmon.
● Kurangkan makanan goreng. Lebihkan makanan rebus atau kukus.
● Riadah boleh menurunkan paras LDL dan meningkatkan paras HDL
● Suplemen yang mengandungi omega-3 (EPA dan DHA) boleh menurunkan paras
LDL dan TG.
Dan akhir sekali,
Jangan lupa jalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui paras kolesterol dalam darah kita.
Jika perlu ambil ubat ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor,
Sila ambil mengikut jadual yang ditetapkan.
Masa mula mula MY disahkan menghidap masalah kolestrol tinggi ni,
MY menolak untuk mengambil ubat ubat hospital.
Jadi, MY cuba untuk jaga pemakanan dan MY beli suplemen untuk menurunkan tahap kolestrol.
Selepas 6 bulan, Ujian darah menunjukkan tahap kolestrol semakin tinggi dan berada di paras bahaya.
Suplemen yang berharga ratusan ringgit tu langsung tidak membantu.
Rupanya, dia macam ni,
Kalau bacaan kolestrol LDL dah tinggi tu,
ambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor.
InsyaAllah, paras kolestrol akan turun perlahan lahan bersama dengan penjagaan dietlah.
Kalau makan ubat tapi tiap tiap petang masih melahap keropok lekor, pisang goreng cheese, popia sira, teh ais boba...
Memang satu apa bacaan pun tak turun,
malahan makin mencanak.
Selepas tahap kolestrol terkawal,
Barulah boleh jaga makanan dan tanpa dipinta,
doktor akan turunkan dos atau memberhentikan pengambilan ubat mengikut keperluan.
Jom lah kita jaga kesihatan kita dengan menjaga pemakanan ok!
fighting!!
glosari:
low density cholestrol - LDL
High density cholestrol - HDL
Kena jagalah paras kolestrol kita ye MY. Itulah, saya pun kalau boleh nak kurangkan pengambilan lemak, tapi tidaklah buang terus. Tak seleralah asyik makan rebus setiap hari.
ReplyDeleteMemang bahaya kolestrol ini..
ReplyDeleteInfo yang memberi kesan, semoga SK dapat ambil pengajaran. Tq, MY.
ReplyDeletesalam singgah. info yg bermanfaat. baru tahu maksud penuhnya density (ketumpatan)
ReplyDeletedana pun baru kene makan ubat kolestrol macam MY tu, itu pun sebelum ni bacaan kolesterol 2 dia naik jadi 3.5 terus doktor suruh makan. huhuhu
ReplyDeletegood sharing.. tq tq.. sama2 la kita jaga kesihatan yer
ReplyDeleteMemang tidak boleh ambil mudah tentang paras kolestrol ni kan... kena pantau rapat-rapat. Moga kita semua sama-sama ambil berat soal ni :)
ReplyDeletemasa buat blood test last year nampak HDL ammi agak tinggi, leibh dr normal tapi ammi fokus pada punca utama buat blood test iaitu masalah dalam rahim. bila masalah dalm rahim dh setel...terus lupa pasal kolestrol tu. nak gi hospital malasnya lahai
ReplyDeleteTerima kasih untuk infonya. Sama-samalah kita jaga diri. Nampak park seo joon tambah semangat lagi. Ayuh!
ReplyDeleteAssalamualaikum... jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html
ReplyDeletesamalah kita. abam kie kena makan separuh biji ubat kolestrol tu sblom tdo. huhuhuhu...
ReplyDeletemembunuh secara senyap bila kolesterol tinggi ni. sama2 jaga pemakanan
ReplyDeleteSeram juga baca makanan yg perlu dielak tu. Huhu. Sbb banyak juga ambil makanan2 mcm tu. So, berapa jenis ubat yg MY kena makan skrg?
ReplyDelete