Bihun goreng - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, October 19, 2022

Bihun goreng

Suami MY suka makan mihun goreng, mi goreng, nasi goreng kalau malam malam
Siang siang dah makan nasi putih katanya.
Tapi bukanlah tiap malam makan goreng goreng camni.
Tengok masa dan keadaan juga lah.

Dulu dulu,
masa anak kecil kecil lagi,
tak pernah merasa goreng bihun guna cili kering,
Bihun goreng putih aje la setiap kali.
Anak anak belum pandai makan pedas masa tu.
Sekarang,
semua dah pandai makan pedas sikit sikit.
Kiranya takdela tengok je merah, terus reject.
Tapi tak boleh la pedas sangat.
Si Aril, anak nombor 3 tu, perut dia memang tak tahan pedas.
Dari bayi memang bermasalah dengan perut.
Sebab dia tak boleh hadam susu formula,
Maka MY pun jadi la full time housewife sebab nak susukan dia.
Cari pengasuh dan taska, 
masa tu tak ramai yang nak handle EBM.
Susah katanya.
Dari bayi sampai sekarang memang kena berhati hati dengan pemakanan.
Tak boleh terlebih makan coklat,
Tak boleh makan telur setengah masak,
Tak boleh pedas sangat,
Tak boleh makan kuah lada hitam,
Tapi dia selalu bedal aje.
Sakit perut perkara nombor dua.
Dia kata sakit perut pergi je toilet, bukan susah pun.
Masalahnya, kalau sampai kena masuk wad tu yang leceh.
dia tahu nak makan sedap je


 

Resipi Bihun Goreng


Bahan kisar:
2 biji bawang merah (saiz sederhana besar- nukan bawang kecil ya)
4 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis
10 tangkai cili kering - buang biji, basuh bersih

Bahan lain:
1 bungkus bihun jenama Jati
3 keping tahu - hancurkan
1/2 cawan minyak masak 
3 keping fish cake - hiris ikur kesukaan
sedikit daging rebus (sebesar penumbuk)
air rebusan daging
beberapa pokok sawi
garam secukup rasa
2 sudu gula
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
sedikit air

Bahan taburan:
Telur dadar nipis yang dihiris

Cara cara menggoreng bihun:
 
Mula mula sediakan bahan. rendam bihun dalam air sehingga lembut dan ketepikan.
Kemudian masukkan juga bawang dan bawang putih serta ikan bilis. Kisar sehingga hancur.
Hiris fish cake, hiris daging yang telah direbus, ketepikan.
Penyetkan tauhu sampai hancur, letak tepi kejap.
Buang biji lada kering, basuh bersih, masukkan dalam blender.
Basuh sawi dan potong, asing daun dan batang.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan kisar,
Kacau bahan kisar dalam kuali sehingga semuanya masak dan minyak yang nampak timbul berkilat di permukaan.
Lepas tu boleh lah masukkan daging rebus, tauhu hancur, sos, garam.
Kacau kacau sehingga mesra.
Masukkan batang sawi, fish cake dan gula.
bila batang sawi dah agak lembut,
Kalau nak tambah telur boleh la masukkan, tapi ak suka pulak letak telur.
sebab tu kami gantikan dengan tauhu hancur.



Masukkan bihun yang telah direndam.
Kacau mesra bihun dalam kuali.
Masa ni kalau bihun tu nampak masih kejung,
Boleh tambah air panas ya.
Masukkan daun sawi pula.
Jangan terlupa pula.
MY selalu juga terlupa nak masukkan sayur sebab khusyuk sangat menghayun sudip.
Kalau suka sayur,
Boleh tambah kobis atau taugeh juga.
Tapi.. kat rumah ni ramai ahli kelab anti taugeh.
jadi taugeh are strictly not allowed.


Gaul la sehingga bihun dan semua ahli pasukannya bergaul mesra.
Kalau tak larat,
Boleh panggil encik suami tolong godak.
Bukan apa,
kang keluar pula segala muscle muscle dan urat kat lengan tu kang.
muka pun jangan ceritalah, 
ketat macam nak bergaduh dengan kuali aje gayanya.

Lepas dah berpuas hati,
Boleh la matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
Selalu MY hidang dengan telur dadar je.
Zaman MY handle meeting dulu..
Kalau meeting tu pagi,
Bihun ni memang hidangan wajib la.
Sebab bos suka bihun goreng kan.
Diregukan pulak dengan sambal tumis telur rebus..
memang terbaik.


Tips: Jangan rendam bihun guna air panas, nanti dia over cooked. Lembik.
Guna air masak.
Kalau guna air paip, nanti bihun bau klorin.

9 comments:

  1. si Aiyan suka mehun goreng merah gini, kalau yang putih tu ada lada hitam dia tak suka sangat. Kalau makan tak lama tu ke toilet lah dia, perutnya tak tahan. Dana kalau mehun wajib lawankan dengan sambal kicap heheheh

    ReplyDelete
  2. Bihun bahan rencah sedap makan. Suka jugak buat telur dadar nipis potong dan tabur atas bihun kalau tak campur dengan bihun sekali. Tengok jenis bihun juga, kadang nak cepat, saya rendam air masak pastu masuk sikit air panas. Jenis halus sangat je tak boleh rendam air panas nanti hancur :)

    ReplyDelete
  3. uncle pun suka kalau ada terlur yg dipotong2 macam tu!

    ReplyDelete
  4. Kak Mirror pun suka bihun goreng.
    Sedap nampaknya tu Yan.

    ReplyDelete
  5. Baru teringat nak menggoreng bihun, MY dah goreng dulu haha ...
    PH suka letak banyak sayur :)

    ReplyDelete
  6. Saya tak pernah jemu makan bihun goreng.

    ReplyDelete
  7. kalau nak bagi Khilfi makan ni takleh cakap dgn dia ada tauhu benyek dalam tu...mmg putus selera dia. dalam banyak2 benda tauhu putih lembik nilah yg dia takleh nak makan

    ReplyDelete
  8. Saya pun suka meehoon goreng.. Merah ke putih ke, semuanya sedap.. hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad