Hari Jumaat hari tu,
Anak saudara sebelah suami MY menikah,
Jadi MY hadiahkan bunga telur untuk letak di tepi pelamin.
Memang jadi tradisi keluarga agaknya, wajib letak 2 pohon bunga telur di pelamin. Hahaha...
Kat sini kalau sekuntum panggil bunga telur,
Kalau dah siap cucuk dalam jambangannya tu,
Dipanggil bunga pohor (ejaan pahar)
Mama Yan beli di bandar Segamat aje,
Tak sempat nak ke Air Hitam.
Dah beli bunga,
Merayap pula cari telurnya..
Sana sini takde telur biasa,
Maka..
Beli ajelah telur omega 6 tray × 15 biji.
Kerlass bunga telur pakai telur omega...
Tapi, MY rasa bunga telur ni stok lama sejak sebelum PKP la rasanya.
Telurnya asyik terjatuh dari tangkainya.
Tengok tu ,
lilitan pada tangkainya dah mereput.
Bunganya pun asyik tercabut dari tangkai.
Stress betul Mama Yan aih...
tergolek- golek telurnya jatuh.
Nasib baik tak pecah.
Sebagai langkah menjaga keselamatan telur,
MY ikat bahagian atas jaring tu pada tangkai bunga telur tu,
Barulah telur - telur berada kukuh di kedudukannya.
Alhamdulillah...
Bila dah siap nampak cantik juga...
hahaha...
MY beli 2 kotak x 50 pcs
Harga 85 ringgit sekotak.
Tapi telurnya beli 90 biji aja
Lebih cantik bila anak bujang yang membantu.
Dengan tak berbajunya.
Nak sangat tolong,
biarkan dia tolong,
Jangan dilarang.
Rombongan menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan di Balai Islam, Taman Pelangi, Labis.
Wah... rasa macam flower girl pula kena pegang bunga.
hahaha...
Sama lah MY, tempat dana pun dipanggil bunga pahar jugak, selalu nya memang orang bagi 2, kiri dan kanan katanya. Dah siap cantik kejadiannya, rajin anak bujang nak membantu ya.
ReplyDeleteAduhai.. Comel sangat pembantunya..
ReplyDeleteBila dah jadi pohor tu nampak cantik. Mmg kerlas la bagi telur rebus Omega kat tetamu. Taknak cerita ke kenapa pasu bunga mak mentua boleh pecah? Hahaha
ReplyDeleteah ah...MA pun panggil bunga pahar....cantiks
ReplyDeleteSaya rasa memang macam tu kot KakYan. Dia macam lilit tak ketat. Pernah beli jugak dulu jadi macam tu.
ReplyDelete